Skip to main content

Singapura

Laluan ke Malaysia di Linkedua ditutup semasa latihan tumpahan bahan kimia

Ketiga-tiga lorong di Linkedua Tuas dari Singapura ke Malaysia akan ditutup selama sembilan jam pada Rabu (23 Jul) bagi latihan dua hala tindak balas kecemasan tumpahan bahan kimia.

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan ke Malaysia di Linkedua ditutup semasa latihan tumpahan bahan kimia

Pusat Pemeriksaan Tuas di Singapura. (Gambar: Facebook/Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan)

SINGAPURA: Ketiga-tiga lorong di Linkedua Tuas dari Singapura ke Malaysia akan ditutup selama sembilan jam pada Rabu (23 Jul) bagi latihan dua hala tindak balas kecemasan tumpahan bahan kimia.

Penutupan itu akan bermula dari pukul 5.00 pagi hingga 2.00 petang, menurut kenyataan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin.

“Latihan ini akan melakukan simulasi tindak balas kecemasan terhadap pelanggaran yang melibatkan beberapa kenderaan di sepanjang Linkedua Tuas, membabitkan trak-trak yang membawa bahan kimia.”

Orang awam tidak perlu berasa cemas, tambah kenyataan itu.

Disebabkan oleh penutupan lorong-lorong tersebut, kenderaan yang menuju ke arah Malaysia akan dilencongkan ke satu lorong di laluan bertentangan.

“Para pemandu dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan sentiasa mematuhi arahan petugas trafik di lokasi,” kata NEA.

NEA turut menasihati para pemandu supaya mengelakkan Linkedua Tuas semasa latihan dijalankan dan sebaliknya menggunakan Tambak Johor menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Untuk maklumat trafik terkini, para pemandu boleh mendengarkan siaran radio tempatan Singapura pada hari tersebut.

Latihan itu merupakan sebahagian daripada usaha Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia-Singapura yang melibatkan NEA, Jabatan Alam Sekitar Malaysia serta beberapa agensi lain.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita