Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laluan Circle terganggu buat kali kedua dalam 2 hari susuli kebakaran di Depot Kim Chuan

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan Circle terganggu buat kali kedua dalam 2 hari susuli kebakaran di Depot Kim Chuan

Para penumpang di stesen MRT Pasir Panjang ketika berlakunya gangguan bekalan tenaga di laluan Circle pada Selasa (17 Sep). (Gambar fail: Tang See Kit/CNA)

SINGAPURA: Kebakaran berlaku di sebuah depot MRT pada Rabu (18 Sep), menyebabkan khidmat MRT di Laluan Circle terganggu buat kali kedua dalam tempoh dua hari.

Pengendali pengangkutan awam SMRT menyatakan dalam catatan Facebooknya pada petang Rabu bahawa kebakaran berlaku di salah satu bilik sistem tenaga di Depot Kim Chuan pada sekitar pukul 8.00 malam.

Ia mengakibatkan gangguan yang menjejas bekalan tenaga ke Laluan Circle.

"Ini menyebabkan sesetengah kereta api terhenti, dan pencahayaan dalam kereta api turut terjejas," dedah SMRT.

Ia menambah bahawa kebakaran tersebut telah dipadamkan oleh para jurutera di tempat kejadian.

"Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)juga telah dimaklumkan, dan kami memulihkan bekalan tenaga pada pukul 8.10 malam. Semua MRT meneruskan pergerakan, dan perkhidmatan disambung semula pada sekitar pukul 8.15 malam," menurut SMRT, yang turut memohon maaf atas gangguan yang berlaku pada para penumpang.
Gangguan selama 15 minit pada Rabu berlaku selepas gangguan bekalan elektrik pada pukul 5.50 petang pada Selasa menjejas khidmat MRT di Laluan Circle selama hampir dua jam, menjejaskan perjalanan pada waktu sibuk sebelah petang bagi ramai penumpang.

Sebelas kereta api terhenti di terowong Laluan Circle selama 15 minit semasa terputus bekalan elektrik, menyebabkan penumpang tanpa penghawa dingin walaupun bateri di dalam MRT menyediakan separa pencahayaan dan pengudaraan.

Khidmat MRT disambung semula secara berperingkat, sebelum SMRT mengumumkan dalam kemas kini pada sekitar pukul 7.40 malam bahawa khidmat MRT sudah "disambung semula sepenuhnya seperti biasa".

SMRT menyatakan pada awal Rabu bahawa kakitangannya bekerja sehingga larut malam untuk menyelesaikan diagnosis kejuruteraan dan memastikan sistem berfungsi seperti biasa.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan