Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laluan berbasikal khas dirintis di West Camp Road

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Oct 2022 07:37PM Dikemas Kini : 16 Oct 2022 09:06PM
SINGAPURA: Para pengayuh basikal kini disediakan dengan satu lagi laluan khas untuk berbasikal pada waktu-waktu tertentu, khususnya pada setiap pagi Ahad.

Satu projek perintis dijalankan di Taman Aeroangkasa Seletar sebagai respons kepada maklum balas daripada para pengayuh basikal yang menginginkan lebih banyak lorong berbasikal di jalan raya.

Satu-satunya laluan berbasikal khas di jalan raya disediakan di Tanah Merah Coast Road. Laluan khas tersebut ditandakan dengan garisan berwarna biru yang dapat dilihat di kedua-dua arah West Camp Road.

Kawasan itu dipilih kerana ia tidak sesak dengan kenderaan pada pagi Ahad.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan mengumpulkan maklum balas menerusi ujian perintis tersebut dan menilai kesannya kepada pergerakan lalu lintas sebelum memutuskan untuk memperkenalkan laluan serupa di kawasan-kawasan lain.

Satu panduan keselamatan di jalan raya yang baru juga dilancarkan bagi mengingatkan para pemandu dan pengayuh basikal tentang langkah-langkah bagi meningkatkan keselamatan.
Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan