Skip to main content

Singapura

Laluan berbasikal baru sepanjang 8.5km dilancar di Bukit Panjang

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Feb 2023 07:22PM Dikemas Kini : 18 Feb 2023 10:11PM
SINGAPURA: Laluan berbasikal baru sepanjang 8.5 kilometer dilancarkan di Bukit Panjang pada Sabtu (18 Feb).

Meliputi hampir setiap jalan raya di bandar itu, laluan itu melengkapi rangkaian laluan berbasikal bandar tersebut.

Ini sekaligus memberikan para penduduk akses yang lancar ke banyak kemudahan.

Dengan keseluruhan sekitar 16 kilometer laluan berbasikal dan penghubung taman, orang ramai boleh ke sekitar Bukit Panjang dengan lebih mudah.

Ini selain mempunyai akses ke taman-taman di estet lain juga.

Bagi meningkatkan keselamatan, ruang jalan raya direka semula dan lintasan pejalan kaki diluaskan.

"Lebih baik kita dapat memupuk etika baik budi dari segi mengambil kira keselamatan dan kebajikan satu sama lain serta prihatin akan satu sama lain, adalah lebih baik," ujar DR Vivian Balakrishnan, Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah.

Dengan tambahan laluan pada Sabtu, kini terdapat 11 estet HDB dengan rangkaian laluan berbasikal.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita