Skip to main content

Singapura

Laluan Berbasikal Ahad di Seletar dipanjangkan lebih seganda kepada 11.2km jelang Q1 2027

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan Berbasikal Ahad di Seletar dipanjangkan lebih seganda kepada 11.2km jelang Q1 2027

Para pengayuh basikal di sepanjang West Camp Road. (Gambar: Penguasa Pengangkutan Darat)

Diterbitkan : 28 Oct 2026 12:05PM
Sunday cycling route in Seletar to more than double to 11.2km by Q1 2027
  • The LTA announced that the Sunday cycling route at Seletar Aerospace Park will be extended from 4.6km to 11.2km, covering West Camp Road, Seletar Aerospace Drive and Punggol Barat Drive.
  • Work is scheduled to begin in November, and the new route is targeted for completion by the first quarter of 2027, providing a longer, continuous space for cycling.
  • The original route was introduced as a trial in October 2022 and retained in April 2023 because it was well used and bus traffic and operations ran smoothly. The Singapore Cycling Federation also supports the extension.
  • The existing design and arrangements will continue: the route will be marked in blue, with special markings near junctions. Buses and cyclists will use it during operating hours, while drivers may turn carefully at certain sections.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Laluan khas untuk berbasikal di jalan raya pada setiap pagi Ahad di Taman Aeroangkasa Seletar akan dipanjangkan lebih seganda kepada 11.2 kilometer menjelang suku pertama 2027, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (28 Okt).

Laluan Berbasikal Ahad sepanjang 4.6 kilometer di West Camp Road, yang beroperasi dari pukul 5.00 pagi hingga 11.00 pagi, akan dipanjangkan sejauh 6.6 kilometer untuk merangkumi Seletar Aerospace Drive dan Punggol Barat Drive.

Kerja-kerja akan bermula pada November dan peluasan itu akan menyediakan laluan yang lebih panjang serta berterusan untuk para pengayuh basikal, menurut LTA.

“Laluan Berbasikal Ahad digunakan dengan baik sejak dilaksanakan, manakala keadaan trafik dan operasi bas kekal lancar.”

LTA menambah bahawa inisiatif tersebut turut mendapat sokongan meluas daripada Persekutuan Berbasikal Singapura serta pihak-pihak berkepentingan di sepanjang Seletar Aerospace Drive.

Laluan Berbasikal Ahad pertama kali diperkenalkan di West Camp Road pada Oktober 2022 sebagai percubaan selama enam bulan untuk menilai kemungkinan menyediakan ruang khas di jalan raya bagi kumpulan pengayuh basikal yang lebih besar ketika jumlah kenderaan rendah.

Kejayaan percubaan itu membawa kepada keputusan untuk menjadikan laluan tersebut dikekalkan pada April 2023.

Laluan berbasikal yang diperluas itu akan menggunakan reka bentuk dan garis panduan operasi yang serupa dengan laluan sedia ada.

Ia akan ditandakan dengan garisan biru penuh, kecuali berhampiran persimpangan dan laluan keluar masuk premis, yang akan menggunakan garisan biru putus-putus serta tanda melintang berwarna merah.

Sepanjang waktu operasi, hanya bas dan pengayuh basikal dibenarkan menggunakan laluan berbasikal itu, kecuali di bahagian tertentu berhampiran persimpangan dan laluan keluar masuk premis.

Pemandu kenderaan boleh menggunakan bahagian tersebut untuk membelok masuk atau keluar dari jalan raya ketika laluan berbasikal sedang beroperasi.

Sungguhpun demikian, LTA menasihatkan para pemandu supaya memasuki laluan berkenaan dengan berhati-hati kerana pengayuh basikal dan bas mungkin sedang menggunakannya.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita