Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laluan automatik pusat pemeriksaan CIQ akan dipertingkat jelang akhir 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Apr 2023 08:02PM Dikemas Kini : 21 Apr 2023 10:25PM

SINGAPURA: Laluan automatik sedia ada di pusat-pusat pemeriksaan Singapura (CIQ) bakal ditingkatkan akhir tahun ini.

Ia merupakan sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk merombak proses pelepasan imigresen negara.

Ini selepas gangguan hampir lima jam pada bulan lalu, di pusat pemeriksaan darat dan udara.

Ia berlaku semasa uji cuba yang dijadualkan bagi Sistem Biometrik MMBS.

"Pada akhirnya, proses pemulihan mengambil masa sekitar empat jam setengah dan sistem MMBS pulih sekitar pukul 3.00 petang. Pihak ICA serta merta mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) ketika sistem terganggu. Para pegawai yang tidak bertugas dikerahkan untuk membantu di kaunter imigresen dan mengawal kesesakan. Di kesemua pusat pemeriksaan, proses 'failover' segera mengambil alih, dan semua kaunter 'manual' serta beberapa kaunter automatik, beralih ke sistem sandaran," kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim. 

Gangguan itu menjejas 85,000 penumpang udara dan darat.

Di pusat pemeriksaan darat, gangguan tersebut menyebabkan kelengahan sehingga satu jam.

Di Lapangan Terbang Changi pula, lebih 200 ketibaan dan keberangkatan pesawat terjejas.

Pihak ICA sedang menyemak semula pendekatannya mengenai kerja-kerja peningkatan.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan