Skip to main content

Singapura

Lagu Bangkit cipta sejarah dalam Buku Rekod SG dengan paling ramai 'rapper' dalam sesebuah lagu

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu rekod baharu tercipta dalam Buku Rekod Singapura apabila 22 penyanyi rap bergabung dalam sebuah 'mixtape'.

'Mixtape' merujuk kepada gabungan beberapa lagu yang kemudian dirakamkan.

Lagu bertajuk 'Bangkit' itu menggabungkan penyanyi rap yang berpengalaman seperti Pat Machima, Chaz Ali, Atrez dan beberapa lagi bakat muda.
Related article image
Arissa Zara, 13 tahun, bergabung tenaga bersama penyanyi rap yang lebih berpengalaman darinya untuk menghasilkan lagu 'Bangkit'. (Gambar Hidir Ezat)
Antaranya ialah Arissa Zara, 13 tahun yang merupakan penyanyi rap paling muda yang terlibat dalam projek ini.

"Saya minta mak saya yang tolong atau 'Uncle Pat' sebab mereka semua asyik tolong 'match their energy' sebab saya yang paling muda," kata Arissa.

Latar belakang dan pengalaman yang berbeza setiap penyanyi rap berusia antara 13 hingga 43 tahun juga menambah warna kepada lagu ini.


MAHU 'BANGKIT'KAN SEMANGAT PENYANYI RAP UNTUK TERUS BERKARYA

Lagu 'Bangkit' ini juga diharap dapat membangkitkan semangat penyanyi rap Melayu untuk terus berkarya.
Related article image
Atrez (memakai jaket merah) merupakan antara penyanyi rap yang berpengalaman di antara mereka. (Gambar: Hidir Ezat)

“Hip-hop Melayu di Singapura sudah lama senyap. Jadi mudah-mudahan dengan projek ini, kami dapat membangkitkan semula semangat bakat-bakat yang ada untuk mengemukakan diri mereka semula. Apabila mereka mula berkarya dan menghasilkan lagu-lagu baharu, ia akan memeriahkan lagi industri muzik hip-hop semula,” kata salah seorang penyanyi rap dalam lagu tersebut, Muhammad Nuridris atau lebih dikenali sebagai Atrez.

"Mesej yang ingin disampaikan dengan penghasilan projek ini adalah untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa terdapat banyak bakat-bakat Melayu di Singapura, khususnya dalam genre rap. Mungkin peluang agak sukar jadi kami membuka peluang untuk mereka menonjolkan bakat mereka," tambahnya lagi.

Penerbit muzik bagi projek ini, Amyr Abadawn, dan penerbit muzik video, Wan Magix, mengakui bahawa projek sebesar ini datang dengan cabarannya tersendiri.

Kata Wan Magix, "Antara cabaran yang terbesar kami hadapi adalah masa. Ini disebabkan di antara 22 penyanyi, ada yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa. Jadi untuk menetapkan satu masa untuk semua hadir bagi merakamkan lagu ini, ia merupakan sesuatu yang sangat susah."

Sambutan yang diterima setakat ini juga menggalakkan dengan lebih 1,600 tontonan di YouTube dalam masa tiga hari ia dilancarkan.


Senarai Penyanyi rap yang terlibat:

- PAT MACHIMA

- ZUL MYSTROE

- YK YOUNG KHALIFA

- POETIC MALEEKA

- KAMARXKAZIE

- FLIQUE

- ARISSA ZARA

- ERIY RYZALE

- DILLIQEEZ

- KIM$

- ATREZ

- SANG CHITA

- CHAZ ALI

- LEE ROCKA

- EMMA DARWISYAH

- I.Q.

- L.MI

- FAR PUISI

- PHAZZ

- A.T.Y.M.E.

- YUN

- FYZ JIGGY

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita