Skip to main content

Singapura

Lagi S$15 juta dana pemulihan diperuntukkan bagi pemilik monumen negara

Para pemilik monumen-monumen negara boleh menjangkakan dana tambahan sebanyak S$15 juta bagi projek pemulihan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Oct 2019 07:54PM Dikemas Kini : 15 Oct 2019 10:20PM

SINGAPURA: Para pemilik monumen-monumen negara boleh menjangkakan dana tambahan sebanyak S$15 juta bagi projek pemulihan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengumuman itu dibuat setelah tiga jambatan di sepanjang Sungai Singapura iaitu Cavenagh, Anderson dan Elgin, diwartakan sebagai Monumen Negara yang ke-73 secara kolektif.

Dibangunkan 150 tahun yang lalu, Jambatan Cavenagh merupakan jambatan tertua di Singapura.

Bersama dengan jambatan Anderson dan Elgin, ketiga-tiga jambatan itu
akan diberikan perlindungan tahap tertinggi, sebagai sebahagian daripada usaha Lembaga Warisan Negara (NHB) untuk memelihara warisan Singapura.

Bermula hari ini (15 Okt) sehingga 28 Oktober, orang ramai boleh menikmati pemasangan di setiap jambatan yang mencerminkan perkembangan Singapura sebagai sebuah bandar dan pelabuhan perdagangan. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita