Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi baucar CDC S$100 diberikan kepada setiap isi rumah; ini yang anda perlu tahu

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi baucar CDC S$100 diberikan kepada setiap isi rumah; ini yang anda perlu tahu

Pelanggan di Pusat Penjaja Maxwell pada 1 Sep 2021. (Gambar: Hanidah Amin)

SINGAPURA: Baucar baru Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dilancarkan pada Rabu (11 Mei) untuk membantu keluarga Singapura di tengah-tengah harga barangan yang semakin meningkat.

Ini merupakan agihan kedua baucar yang dilancarkan selepas agihan pertama baucar pada Disember tahun lalu.

Sehingga 1.22 juta keluarga rakyat Singapura akan menerima baucar digital yang boleh digunakan di pusat penjaja dan kedai-kedai kejiranan.

Orang ramai boleh menebus baucar daripada agihan pertama dan kedua dan menggunakannya sehingga hujung tahun ini.

Ini yang anda perlu tahu mengenai skim berkenaan.

Soalan: Di mana boleh saya gunakan baucar?

Baucar boleh digunakan di kedai-kedai kejiranan dan gerai-gerai penjaja yang disertakan dalam skim tersebut.

Soalan: Bagaimana saya menebus baucar?

Anda boleh lungsuri go.gov.sg/cdcv dan log masuk dengan Singpass. Hanya seorang anggota keluarga diperlukan untuk menebus baucar bagi pihak anggota keluarga yang lain.

Anda akan diminta untuk memberikan nombor telefon bimbit anda untuk menerima Kata Laluan Sekali Sahaja(OTP). Pautan baucar CDC akan dihantarkan ke nombor telefon bimbit yang didaftar menerusi SMS.

Anda juga boleh berkongsi pautan baucar dengan anggota keluarga yang lain. Klik butang "Kongsi Baucar" di laman menebus baucar untuk menyalin pautan unik baucar dan tampalkan pautan itu pada aplikasi mesej seperti Whatsapp atau Telegram. Sesiapa yang menerima pautan itu boleh mendapat akses kepada baucar berkenaan.

Soalan: Bagaimana jika saya tidak tahu cara untuk menebus baucar?

Bantuan akan disediakan di pusat/kelab masyarakat. Warga emas tanpa anggota keluarga yang boleh membantu mereka menebus baucar akan diberikan keutamaan.

Penduduk yang tidak memiliki telefon bimbit bijak atau mereka yang harus mendaftarkan Singpass atau membetulkan semula kata laluan Singpass mereka boleh mendapatkan bantuan di pusat/kelab masyarakat semasa tempoh skim tersebut.

Jika perlu, akan ada pilihan untuk mencetak baucar berkenaan.

Selain itu, khidmat duta digital disediakan di kelab masyarakat SG Digital yang boleh ditemui di pusat/kelab masyarakat dan perpustakaan yang dipilih di seluruh negara. Mereka akan menghulurkan bantuan kepada penduduk yang kurang celik IT untuk menebus baucar mereka.

Soalan: Bagaimana cara gunakan baucar?

Untuk menggunakan baucar, anda harus klik pautan CDC, pilih jumlah wang yang ingin digunakan dan tunjukkan kod QR kepada peniaga dalam skim berkenaan yang kemudian akan mengesan kod itu menggunakan aplikasi RedeemSG.

Baucar tidak boleh dibayar balik untuk setiap nilai yang tidak digunakkan atau jika barangan yang dibeli berharga lebih rendah daripada jumlah baucar yang digunakan.

Soalan: Haruskah saya menebus baucar terkini atau baucar tersebut akan diberikan secara automatik?

Anda masih harus menebus baucar kedua CDC walaupun anda sudah menebus baucar tahun lalu.

Proses menebus baucar adalah sama dan anda boleh melungsuri laman go.gov.sg/cdcv dan log masuk dengan Singpass.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan