Skip to main content

Singapura

Lagi 880 ruang baharu disediakan bagi PWD untuk latihan dan pekerjaan jelang 2027

Menjelang 2027, lagi 880 ruang baharu akan disediakan bagi Bengkel Lindungan dan Pusat Aktiviti Harian.
Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 880 ruang baharu disediakan bagi PWD untuk latihan dan pekerjaan jelang 2027
Golongan kurang upaya (PWD) akan mempunyai lebih banyak pilihan perumahan tidak lama lagi. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Menjelang 2027, lagi 880 ruang baharu akan disediakan bagi Bengkel Lindungan dan Pusat Aktiviti Harian.

Ia bertujuan menyediakan lebih banyak sokongan untuk golongan kurang upaya (PWD) dari segi keperluan latihan dan pekerjaan mereka.

Selain itu, golongan PWD juga akan mempunyai lebih banyak pilihan perumahan, dengan pelancaran projek perintis hidup berdikari di lima kawasan flat sewa di merata negara.

Ditujukan bagi golongan PWD yang tidak dapat tinggal bersama keluarga, sehingga 14 flat diperuntukkan di setiap kawasan, dengan sekitar dua penghuni bagi setiap unit.

Sekurang-kurangnya satu flat di setiap kawasan akan dijadikan sebagai pejabat, di mana seorang kakitangan akan bertugas pada setiap masa.

Kakitangan yang bertugas itu akan memberi sokongan dan bimbingan kepada golongan kurang upaya di kawasan tersebut.
Sumber : CNA/QA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita