Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 800 tempat disedia untuk pelatih dalam sektor maritim

Dalam beberapa bulan mendatang, sejumlah 800 tempat untuk pelatih, penempatan ke syarikat-syarikat dan peluang-peluang latihan akan ditawarkan dalam sektor maritim.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2020 10:32PM Dikemas Kini : 22 Oct 2020 10:36PM

SINGAPURA: Dalam beberapa bulan mendatang, sejumlah 800 tempat untuk pelatih, penempatan ke syarikat-syarikat dan peluang-peluang latihan akan ditawarkan dalam sektor maritim.

Ia hasil kerjasama Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dengan industri maritim, agensi-agensi pemerintah serta institut-institut pengajian tinggi.

Peluang-peluang sedemikian akan ditawarkan dalam bidang-bidang pertumbuhan seperti automasi, pendigitalan dan penyepaduan rantaian bekalan.

Lebih banyak peluang latihan khusus akan ditawarkan dalam bulan-bulan akan datang menerusi program-program Pakej Pekerjaan dan Kemahiran dan Program Pelatih Pertengahan Kerjaya SGUnited.

Dalam usaha menggiatkan pembangunan dan inovasi sektor maritim, MPA memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Biro Perkapalan Amerika.

Selain itu, dua institut penyelidikan maritim di Singapura dan Norway bekerjasama untuk mengkaji perubahan termasuk kapal-kapal dan pelabuhan bijak dan berautonomi.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan