Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 7,000 kursus SkillsFuture akan diperkenalkan kepada pekerja pertengahan kerjaya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Mar 2024 07:44PM Dikemas Kini : 23 Mar 2024 12:17AM
SINGAPURA: Latihan dalam sektor baharu berkembang seperti ekonomi digital, hijau dan jagaan akan disertakan dalam kursus baharu SkillsFuture bagi para pekerja pertengahan kerjaya.

Lebih 7,000 kursus akan diperkenalkan bagi mereka yang berusia lebih 40 tahun mulai Mei nanti.

Menurut SkillsFuture, hampir 5,000 kursus pendek dalam sektor digital, hijau dan jagaan ditawarkan tahun lalu.

Jumlah ini hampir 80 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022, ekoran permintaan yang meningkat.

Selain itu, jumlah pekerja pertengahan kerjaya yang memanfaatkan subsidi SkillsFuture turut meningkat sebanyak 28 peratus tahun lalu.

Mereka membentuk hampir 40 peratus daripada jumlah pekerja yang menjalani program latihan SkillsFuture.

Sokongan pihak majikan turut meningkat.

Jumlah firma yang membiayai latihan bagi pekerja mereka meningkat 15 peratus,

manakala jumlah pekerja yang meraih manfaat turut naik 35 peratus, kepada sekitar 228,000 orang.

Ini kerana lebih ramai yang sedar tentang peri perlunya untuk kekal relevan.

"Pertama, dalam pasaran buruh yang ketat, saya rasa majikan sedar tentang keperluan untuk kakitangan mereka tingkatkan sumbangan. Di masa yang sama, mereka ingin melengkapkan dan memperkasa pekerja mereka.

"Kami rasa, ia satu perkara yang amat baik.
Kedua, disebabkan semua perhatian serta inovasi teknologi yang kita lihat, kedua-dua majikan dan individu rasa terdesak serta perlu tingkatkan kemahiran," kata Ketua Eksekutif, SkillsFuture SG Tan Kok Yam.
Sumber : CNA/HK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan