Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 6 kontrak lagi dianugerah bagi Koridor Utara-Selatan, kerja mula hujung 2019

Kerja-kerja binaan di enam lagi bahagian bagi koridor pengangkutan bersepadu pertama Singapura dijangka bermula menjelang hujung 2019, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 6 kontrak lagi dianugerah bagi Koridor Utara-Selatan, kerja mula hujung 2019

Gambaran terowong Koridor Utara Selatan.

Diterbitkan : 21 Dec 2018 11:26PM Dikemas Kini : 21 Dec 2018 11:40PM

SINGAPURA: Kerja-kerja binaan di enam lagi bahagian bagi koridor pengangkutan bersepadu pertama Singapura dijangka bermula menjelang hujung 2019, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (21 Dis).

Kontrak bernilai S$3.14 bilion bagi rekaan dan binaan enam bahagian daripada lorong Koridor Utara-Selatan (NSC) sepanjang 21.5 kilometer (km) itu dianugerahkan kepada beberapa syarikat, menurut LTA.

Bahagian-bahagian berkenaan NSC terletak antara East Coast Parkway (ECP) dan Sungei Seletar.

NSC yang merangkumi laluan bas ekspres dan laluan berbasikal, akan menghubungi kawasan bandar di sebelah timur dengan pusat bandar dan dijangka siap menjelang 2026.

Laluan bas akan menyingkatkan masa perjalanan dari Woodlands, Sembawang, Yishun dan Ang Mo Kio ke pusat bandar sehingga 30 minit, menurut LTA sebelum ini.

Kontrak NSC pertama, bernilai S$809 juta, dianugerahkan kepada Samsung C&T Corporation tahun lalu bagi bahagian antara Novena Rise dan Toa Payoh Rise.

Tiga lagi kontrak awam bagi bahagian-bahagian antara Toa Payoh Rise dengan Marymount Lane, antara Kampong Java Road dengan Suffolk Road, serta dari Novena Rise ke Suffolk Walk dianugerahkan tahun ini.

GS Engineering & Construction Corporation, sebuah firma Korea Selatan, diberi kontrak bernilai S$635.8 juta untuk mereka dan membina sebahagian terowong NCS antara ECP dan Victoria Street.

(Gambar-gambar: LTA)

Ssangyong Engineering & Construction Co dan sebuah pembina tempatan Wai Fong Construction Joint Venture dianugerahkan kontrak bernilai S$482.5 juta untuk membina bahagian antara Victoria Street dan Kampong Java Road.

Kedua-dua syarikat ini akan membina terowong sepanjang 1.55 kilometer, dengan dua anjakan masuk dan dua anjakan keluar.

Ssangyong juga diberi kontrak bernilai S$537.1 juta untuk bahagian antara Ang Mo Kio Avenue 9 dan Sungei Seletar. Syarikat itu ditugaskan membina sebahagian terowong sepanjang 1.3km, sebahagian jejambat 1.1km dan jalan raya sepanjang 340 meter antara terowong dan jejambat tersebut, dengan satu anjakan keluar.


Chye Joo Construction dan Ho Lee Construction Joint Venture diberikan kontrak bernilai S$242.9 juta untuk membina bahagian antara Pemimpin Place dan Sin Ming Avenue. Mereka akan membina sebahagian terowong sepanjang 700m dengan satu anjakan keluar dan satu anjakan masuk.

Lum Chang Building Contractors dianugerahkan kontrak S$799 juta untuk membina sebahagian terowong sepanjang 1.95km antara Ang Mo Kio Avenue 3 dan Avenue 9. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan