Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 5,300 unit darah tali pusat Corldife "tidak berdaya hidup", dedah MOH

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lagi 5,300 unit darah tali pusat disimpan dalam tangki kedua Cordlife dan sebuah kontena barangan kering disifatkan sebagai "tidak berdaya hidup".

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (8 Apr).

Jumlah tersebut tambahan kepada kira-kira 2,200 unit darah tali pusat yang rosak di dalam tangki pertama, dimiliki sekurang-kurangnya 2,150 pelanggan.

Selain unit darah tali pusat yang rosak di tangki pertama, MOH mengarahkan Cordife untuk menjalankan ujian tambahan ke atas enam lagi tangki simpanan yang terjejas serta sebuah kontena barangan kering, yang berfungsi sebagai kontena pengangkutan dan bukan untuk menyimpan barangan bagi tempoh panjang.

MOH menyatakan lima tangki lain sudah dinilai dan berisiko rendah selepas "terdedah kepada suhu tidak sesuai".

Setakat ini, tujuh individu terkait dengan kes tersebut sudah diberkas.

KEPUTUSAN UJIAN TANGKI B, KONTENA BARANGAN KERING

Audit yang dijalankan MOH ke atas Cordlife pada Ogos dan November tahun lalu mendedahkan bahawa unit darah tali pusat di tujuh daripada 22 tangki penyimpanannya didedahkan kepada "suhu yang tidak sesuai".

MOH menyatakan, meskipun cara yang tepat untuk menilai sama ada unit darah tali pusat tersebut tidak terjejas adalah untuk memeriksanya satu persatu, ia tidak praktikal.

Ia akan mengambil masa bertahun, "atau berdekad", untuk menyelesaikan ujian tersebut, tambah MOH.

Cordlife menlaksanakan ujian sampel melalui makmal pihak ketiga.


Lapan daripada 12 sampel daripada tangki kedua, Tangki B, gagal ujian tersebut. Sama juga bagi lima daripada 12 sampel daripada kontena barangan kering itu.

Ujian tersebut mendapati 5,300 unit dalam Tangki B dan kontena barangan kering itu "tidak sesuai bagi tujuan pemindahan sel stem" dan disifatkan sebagai sudah rosak.

MOH sudah mengarahkan syarikat itu untuk memaklumkan kepada para pelanggan yang terjejas, sama ada unit darah tali pusat mereka berada di dalam Tangki B atau kontena barangan kering tersebut.

KEPUTUSAN LIMA TANGKI LAIN

Baki lima tangki lain yang menyimpan kira-kira 14,000 unit darah tali pusat sudah dinilai melalui siasatan, dan disahkan "berisiko rendah terkesan akibat pendedahan kepada suhu tidak sesuai", dedah MOH.

Bagi Tangki C, tempoh ia terdedah kepada suhu -144.7 darjah Celsius tidak menyebabkan kerosakan kepada unit darah tali pusat, tambah MOH.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan