Skip to main content

Singapura

Lagi 52 lelaki diberkas; disyaki anggota kumpulan samseng

Lagi 52 lelaki yang berusia antara 16 tahun hingga 65 tahun diberkas antara 30 Dis 2020 dengan 3 Jan 2021 kerana disyaki menganggotai kumpulan samseng, menurut pihak polis pada Selasa (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 52 lelaki diberkas; disyaki anggota kumpulan samseng

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 05 Jan 2021 02:59PM Dikemas Kini : 05 Jan 2021 03:01PM

SINGAPURA: Lagi 52 lelaki yang berusia antara 16 tahun hingga 65 tahun diberkas antara 30 Dis 2020 dengan 3 Jan 2021 kerana disyaki menganggotai kumpulan samseng, menurut pihak polis pada Selasa (5 Jan).

Ini bermakna seramai 151 lelaki sudah diberkas sepanjang tempoh operasi polis selama dua minggu dari 21 Dis hingga 3 Jan untuk membanteras sebarang kegiatan samseng.

Pihak polis pada 24 Dis menyatakan bahawa pihaknya sudah memberkas 24 lelaki kerana disyaki menganggotai kumpulan kongsi gelap, sebelum lagi 75 lelaki diberkas sekitar seminggu kemudian.

"Pemeriksaan proaktif dijalankan di beberapa kawasan popular untuk berkumpul, termasuk cawangan F&B dan pusat beli-belah, untuk terus memantau dan mengesan sebarang kegiatan samseng," menurut polis dalam kenyataan medianya.

Para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen darat polis memberkas lelaki-lelaki itu semasa operasi penguatkuasaan tersebut dijalankan.

Menurut polis, ia akan terus memantau keadaan dan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras sebarang kegiatan samseng yang menggugat keselamatan awam.

Siasatan polis sedang diteruskan.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana menganggotai kumpulan samseng boleh didenda sehingga S$5,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita