Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 5 pusat sokongan angin ahmar bakal dibina jelang 2022

Sebuah pusat kesejahteraan bagi para pesakit angin ahmar bakal meluaskan khidmatnya menjangkaui premisnya di Lengkok Bahru.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 5 pusat sokongan angin ahmar bakal dibina jelang 2022
Diterbitkan : 20 May 2018 07:08PM Dikemas Kini : 20 May 2018 07:17PM

SINGAPURA: Sebuah pusat kesejahteraan bagi para pesakit angin ahmar bakal meluaskan khidmatnya menjangkaui premisnya di Lengkok Bahru.

Pusat yang menyediakan khidmat pemulihan dan sokongan bagi pesakit angin ahmar itu merancang untuk menambah sebanyak lima pusat serupa di merata negara menjelang tahun 2022.

Jadi, bagaimanakah para pesakit angin ahmar boleh memanfaatkan khidmat-khidmat pemulihan seperti yang ditawarkan di pusat-pusat tersebut?

8,000 KES SERANGAN ANGIN AHMAR SETIAP TAHUN

Senaman-senaman tertentu boleh mempertingkat kesihatan mental dan fizikal seseorang pesakit angin ahmar, walaupun selepas bertahun-tahun mereka diserang penyakit itu.

"Senaman seperti ini boleh membantu mereka mengelak keupayaan mental menjadi bertambah teruk dan mengurangkan risiko demensia vaskular. Kami juga mencuba melakukan semua ini untuk membantu para pesakit angin ahmar yang sudah pulih daripada diserang lagi kali kedua atau ketiga."

Singapura mencatat sekitar 8,000 kes serangan angin ahmar setiap tahun dan jumlah itu mungkin meningkat sedang penduduk di negara ini semakin menua.

Namun, dalam kalangan pesakit angin ahmar, hanya seperlima daripada mereka yang meneruskan dengan program-program pemuliharaan selepas dibenarkan pulang dari hospital.

Ini disebabkan kurangnya kesedaran serta tidak dapat menerima hakikat keadaan mereka.

SOKONGAN EMOSI MEMBANTU PESAKIT

"Pada usia 29 tahun semasa saya diserang angin ahmar, saya tidak mahu datang sini (pusat) kerana saya masih begitu muda dan saya selalu menyangka penyakit ini hanya untuk warga tua dan bukan orang muda seperti saya," kata Cik Denise Hu, 31 tahun.

Hari ini, meskipun pergerakan pada bahagian kiri tubuh Cik Hu masih terbatas, beliau berkata keadaannya sudah semakin pulih.

Beliau dan para pesakit angin ahmar yang lain berkata, ini disebabkan sokongan emosi yang diterima di Pusat Sokongan Angin Ahmar itu.

Seeorang lagi pesakit angin ahmar, Cik Seetoh Ah Lui Susie, 68 tahun, berkata: "Semasa saya datang ke sini (pusat), saya dapat rasakan bahawa saya menyukainya. Saya tidak berasa seolah-olah saya tidak diterima. Tiada orang yang melemahkan semangat anda."

Cik Seetoh mengalami kemurungan setelah diserang angin ahmar lima tahun lalu dan beliau bimbang untuk keluar rumah.

Namun kini, keyakinan dirinya sudah kembali selepas setahun menjalani proses pemulihan di pusat sokongan itu.

Pusat Sokongan Angin Ahmar yang kedua akan dibuka di kawasan barat Singapura pada tahun 2019.

Ia berharap rancangan untuk menambah pusat sokongan itu akan membantu mewujudkan masyarakat yang saling sokongan menyokong antara satu sama lain di seluruh Singapura. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan