Lagi 46 belia diiktiraf jadi pejuang keamanan dan keharmonian Roses of Peace
Anggaran Waktu Membaca:
Para belia yang diiktiraf sebagai ‘Harmony Champions’
SINGAPURA: Lagi 48 belia dari 12 Institut Pendidikan Tinggi (IHL) diraikan sebagai pejuang keharmonian atau ‘Harmony Champions’ di bawah inisiatif badan silang agama, Roses of Peace.
Ini setelah mereka menjalani bengkel-bengkel untuk melengkapi mereka dengan kemahiran untuk memupuk keharmonian kaum dan agama.
Bengkel-bengkel itu diadakan dengan tujuan membina keyakinan golongan belia itu agar dapat menyumbang kepada kesedaran lebih tinggi terhadap keharmonian kaum dan agama.
Topik-topik yang dibincangkan termasuk rasa berat sebelah yang tidak disedari dan memperbaiki cara kendalikan perbincangan.
Antara peserta program di bawah Yayasan Temasek itu ialah Muhammad Hamizan Muhammad Jaffri.
"Satu faedah saya terima daripada program ini adalah peningkatan pendedahan kepada agama berbeza-beza. Saya juga meraih manfaat menyunting video dan cara menggunakannya untuk menyebarkan mesej keharmonian kaum," kata penuntut Institut Pendidikan Teknikal (Kolej Tengah) itu.
Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS), Muhammad Nabil Mohamad Zulkefly pula berkata: "Saya harap pada masa depan saya akan dapat mengukuhkan lagi suasana untuk membicarakan tentang golongan yang sering kali dipinggirkan seperti golongan tua atau pekerja hijrahan serta isu-isu yang dianggap sukar dibicarakan."
Mereka merupakan kumpulan kedua yang menjalani bengkel-bengkel itu.
Dalam kumpulan pertama, seramai 72 belia sudah dilantik sebagai Pejuang Keamanan dan Keharmonian Roses of Peace.
KERENCAMAN KUKUHKAN IDENTITI SG
Sebagai tanda penghargaan dan meraikan pencapaian mereka, kesemua 46 belia itu menerima sijil tamat latihan yang disampaikan oleh tetamu terhormat, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dalam majlis yang diadakan di Amara Singapore pada Khamis (13 Mac).
Mereka juga dapat berbincang dengan Encik Ong tentang isu berkaitan kesihatan mental dan perpaduan sosial dalam sesi dialog yang diadakan.
Encik Ong menekankan pentingnya kepelbagaian dalam mengukuhkan lagi identity Singapura.
"Ideanya sebagai seorang warga negara Singapura merangkumi identiti pelbagai jenis kumpulan. Jika identiti itu dikeluarkan, menjadi warga Singapura kurang bermakna," kata Encik Ong.
"Kita masih membina identiti bersama ini dan jika hanya sebagai warga Singapura dan kemudian anda tidak dibenarkan menjadi identiti anda sendiri, anda tidak boleh memiliki identiti, dari mana-mana masyarakat pun, maka itu sangat menyedihkan," tambah beliau lagi.
Sesi perbincangan tersebut bertujuan untuk menggariskan peranan penting golongan belia dalam memupuk perpaduan sosial serta memperkasa mereka untuk menjadi penyumbang lebih aktif dalam membina satu masyarakat yang lebih inklusif.
Encik Ong turut menyertai mereka dalam majlis berbuka puasa bersama para anggota dan belia Roses of Peace dari berbilang kaum dan agama.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.