Lagi 40,000 tempat jagaan bayi dan kanak-kanak disediakan dalam 5 tahun mendatang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECDA) akan bekerjasama dengan lima pengendali utama untuk membuka hampir 40,000 tempat jagaan bayi dan kanak-kanak baharu di Singapura, dari 2025 hingga 2029.
Ini termasuk kira-kira 6,000 tempat jagaan bayi baharu untuk memenuhi permintaan yang meningkat, dan ia akan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk memudahkan akses kepada prasekolah yang boleh dimampui dan bermutu di Singapura.
Ketika mengumumkan rancangan itu di acara Sambutan Pembangunan Awal Kanak-Kanak pada Sabtu (2 Nov), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata, ini akan memastikan prasekolah dibantu pemerintah boleh memenuhi permintaan 80 peratus kanak-kanak prasekolah dalam jangka sederhana, naik daripada lebih 65 peratus pada masa ini.
Seperti yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini, had yuran jagaan kanak-kanak sepenuh hari di pengendali utama dan rakan pengendali masing-masing akan dikurangkan sebanyak S$40 kepada S$640 dan S$680 sebulan mulai 1 Januari 2025.
Mulai 9 Disember 2024, semua keluarga berpendapatan rendah dengan pendapatan isi rumah kasar bulanan S$6,000 dan ke bawah, juga layak menerima jumlah maksimum subsidi jagaan kanak-kanak bagi peringkat pendapatan mereka.
"Ini bermakna ibu bapa boleh menjangka untuk membayar S$3 hingga S$115 atau sehingga 2 peratus pendapatan mereka bagi jagaan kanak-kanak di pengendali utama, dengan lebih banyak pengurangan pada 2025," kata Encik Masagos.
"Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa usaha ini akan bermula Disember tahun ini. Lebih 17,000 kanak-kanak tambahan boleh memanfaatkan usaha ini."
Ibu bapa kini boleh memohon subsidi menerusi ECDA secara digital, dan tidak perlu ke prasekolah, dengan menggunakan aplikasi LifeSG.
LEBIH BANYAK AUTONOMI BUAT PRASEKOLAH
Rangka Kerja Pentauliahan Prasekolah Singapura (SPARK) yang dikemas kini juga akan dikuatkuasakan mulai Januari 2025.
Ia bertujuan untuk memberi prasekolah lebih banyak autonomi dan kuasa untuk membangunkan dan menyediakan program bermutu yang tertumpu kepada kanak-kanak, umum ECDA dalam sidang media pada Sabtu.
"Menyedari landskap pembangunan awal kanak-kanak yang meluas dan rencam, SPARK 2.0 menggunakan pendekatan pengesahan di mana prasekolah menilai sendiri mutu mereka berbanding piawaian dan petunjuk yang ditetapkan dalam pentauliahan SPARK baharu sebelum mendapatkan pengesahan ECDA," tulis agensi itu.
Kemas kini itu bertujuan untuk menggalakprasekolah membangunkan program sesuai dengan keperluan kanak-kanak dan kekuatan unik setiap prasekolah, tambah ECDA.
Rangka kerja tersebut juga akan dikemas kini untuk memberi tumpuan kepada lima kriteria utama, daripada lapan, untuk menggalak prasekolah mengutamakan peningkatan berterusan amalan mereka, daripada memberi tumpuan kepada mendapatkan pensijilan.
KOD TATALAKU DIKEMAS KINI
Kod tatalaku juga sudah dikemas kini oleh Persatuan Pendidik Awal Kanak-Kanak Singapura (AECES) untuk mencerminkan perkembangan dan amalan terkini. Ia dilakukan dengan kerjasama ECDA serta maklum balas daripada sektor tersebut.
Meskipun ia ditujukan untuk kedua-dua pendidik awal kanak-kanak dan pendidik pencegahan awal, kod yang dikemas kini tersebut juga ditawarkan kepada pendidik dan pengendali prasekolah.
Kod yang dikemas kini tersebut akan menggariskan tanggungjawab profesional pendidik kepada pihak berkepentingan, seperti kanak-kanak, keluarga dan masyarakat, dengan lebih jelas.
Ia juga dilengkapi dengan proses membuat keputusan beretika lima langkah, yang disertakan dengan kajian kes untuk membantu pendidik menggunakan kod itu dalam pekerjaan harian mereka.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.