Lagi 4 lelaki didakwa kerana langgar SMM COVID-19 pada malam Tahun Baru di Clarke Quay
Gambar: Aaron Low/Today
SINGAPURA: Empat lagi lelaki didakwa pada Selasa (22 Mac) kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat (SMM) COVID-19 pada malam Tahun Baru di Clarke Quay.
Keempat-empat lelaki itu adalah Assiddiq Surani, 22; Lee Hern Sing, 20; Varghese Divin, 30 dan Adam Abdullah, 19. Kerakyatan mereka tidak dinyatakan dalam kertas pertuduhan.
Dengan ini, 14 individu sudah didakwa berhubung perhimpunan pada malam Tahun Baru di Clarke Quay.
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menyatakan pada Isnin (21 Mac) bahawa lagi tiga individu sudah disaman S$1,000 setiap seorang kerana melanggar SMM.
Seramai 19 orang sudah disaman dan didenda berhubung perhimpunan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.