Lagi 29,000 flat HDB dipilih naik taraf Program Peningkatan Rumah; S$407 juta diperuntukkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 29,000 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan meraih manfaat daripada pusingan seterusnya Program Peningkatan Rumah, dengan lebih S$407 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja naik taraf itu.
Menteri bagi Pembangunan Negara Desmond Lee mengumumkan demikian pada Ahad (16 Feb).
Beliau berkata program tersebut akan diperluaskan kepada lagi 371 blok HDB.
Ini akan membawa jumlah keseluruhan flat yang dipilih bagi program tersebut kepada 494,000, atau sembilan daripada 10 flat yang layak sejak program tersebut dilancarkan pada 2007, tambahnya.
Flat yang dipilih itu termasuk di Bedok, Bukit Batok, Bukit Merah, Bukit Panjang, Chua Chu Kang, Hougang, Jurong West, Pasir Ris, Queenstown, Sengkang, Tampines, Toa Payoh dan Woodlands, jelas HDB dalam kenyataan media berasingan.
Isi rumah yang dipilih bagi program tersebut juga boleh mendapatkan kelengkapan mesra warga emas termasuk tempat duduk boleh dilipat di tandas, susur tangan di pintu masuk flat beserta tangga dan jubin lantai bilik mandi yang kalis gelincir.
Ini adalah sebahagian daripada program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif, atau EASE, yang diperluaskan tahun lalu untuk menyertakan lebih banyak kelengkapan mesra warga emas.
Kira-kira 29,000 isi rumah telah memohon bagi program yang dikemas kini tersebut sejauh ini, jelas Encik Lee, sambil menyifatkan kadar permohonan itu "amat memberangsangkan".
Program Peningkatan Rumah itu bermatlamat untuk menangani isu-isu penyenggaraan yang kerap timbul akibat kesan 'haus dan lusuh' di flat lama.
Pemerintah telah memperuntukkan kira-kira S$4 bilion bagi program itu setakat 31 Mac 2024, jelas HDB.
Program itu terdiri daripada dua jenis kerja penambahbaikan - penambahbaikan diperlukan dan penambahbaikan pilihan.
Penambahbaikan yang diperlukan memastikan keperluan keselamatan asas penduduk yang tinggal di flat lama itu dipenuhi, dan ditampung sepenuhnya oleh pemerintah bagi isi rumah rakyat Singapura.
Ini termasuk memperbaiki konkrit 'spalling', menggantikan timbunan sisa atau pelepasan tanah, menggantikan soket paip dengan rak baharu untuk keringkan pakaian dan menaik taraf beban elektrik.
Penambahbaikan pilihan pula "banyak diiberikan subsidi" oleh pemerintah, dan isi rumah rakyat Singapura membayar serendah lima peratus daripada kos itu, bergantung pada jenis flat HDB.
Penambahbaikan sedemikian termasuk menaik taraf tandas atau bilik mandi sedia ada, memasang pintu masuk dan pintu masuk baharu, dan menggantikan corong pelongsor sampah di rumah.
"Sebagai pemerintah, kami komited untuk menyegarkan, memulihkan dan memperbaiki estet-estet lama dan rumah-rumah lama kami, untuk memastikan rakyat Singapura dapat terus menikmati persekitaran hidup yang bermutu tinggi."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.