Lagi 27 pesalah Muslim raih manfaat daripada Program Insan Mukmin
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bimbingan para asatizah secara berstruktur dan intensif menerusi Program 'Insan Mukmin' antara yang amat dihargai para peserta yang terdiri daripada pesalah Muslim.
Mereka menzahirkan penghargaan itu dalam Majlis Tamat Program tersebut di Masjid Darul Aman pada Ahad (3 Mac).
Selain ilmu agama, program yang diterajui oleh Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) dengan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (FITRAH) itu juga menerap nilai-nilai murni dalam diri peserta sepanjang 20 minggu.
Antara 27 peserta yang menerima sijil mereka hari ini ialah 'Aminah', bukan nama sebenar yang sudah masuk penjara dua kali akibat penyalahgunaan dadah.
"Program 'Insan Mukmin' ini sebenarnya ia mempunyai manfaat. Sebelum ini saya kekurangan ilmu kerohanian. Jadi dalam program 'Insan Mukmin' ini saya belajar banyak dari segi apa yang saya terlupa ia mengingatkan balik,"kata 'Aminah', 31 tahun.
Bagi seorang lagi peserta, program ini membuatkannya mula minat dan sudah menanam hasrat untuk meneruskan dalam pengajian Islam bersama PERGAS.
"Daripada sekarang ini saya sudah buat persiapan, saya sudah mendekati anggota-anggota FITRAH, saya cakap, tadi mereka ada menawarkan kelas-kelas program Islam. Insya-Allah di luar, untuk membimbing saya dan tadi saya baru jumpa kakitangan FITRAH dan mereka akan membimbing saya untuk sertai kelas PERGAS ini," kata 'Shah', yang sudah tujuh kali dipenjarakan.
SOKONGAN KELUARGA BERI KESAN POSITIF
Pencapaian para peserta program itu turut diraikan para pendamping dan anggota keluarga mereka.
Mereka juga sama-sama hadir di Masjid Darul Aman untuk menyaksikan sendiri penyampaian sijil itu.
"Kita dapat lihat kesan positif dari segi harapan yang mereka ada. harapan dengan adanya para pendamping FITRAH sendiri dan juga pendamping dari segi bekas pesalah dan juga kita dapat lihat sokongan dari isteri-isteri bekas pesalah yang memberikan sokongan," kata Pengurus FITRAH, Syahrin M Salleh.
Ini juga merupakan sebahagian usaha M³ di bawah bidang tumpuan keduanya yang diterajui oleh Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Dr Muhammad Faishal Ibrahim untuk perkukuh sokongan buat para pesalah.
"Saya ingin menyeru kita sama-sama menyebarkan mesej ada program seperti ini, ambil bahagian kerana kita mahukan lebih ramai yang tampil ke hadapan supaya kita dapat menyokong anda semua. Kita mahu memberikan sokongan yang lebih mantap yang bersepadu supaya rakan-rakan kita di pelbagai peringkat pemulihan boleh mendapatkan sokongan," kata Dr Faishal yang juga Menteri Negara bagi Pembangunan Negara.
Dalam usahanya untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan, Masjid Darul Aman juga merancang untuk mengadakan lebih banyak program kekeluargaan buat golongan bekas pesalah dan keluarga mereka.
"Arus pemodenan memerlukan pihak masjid untuk memainkan peranan lebih untuk sesuaikan dengan keadaan semasa. Jadi kita lihat program 'Insan Mukmin' ini adalah satu program yang bersangkut paut tentang kekukuhan institusi-institusi keluarga. Jadi Masjid Darul Aman perlu untuk memainkan peranan untuk sama-sama kita menyokong program ini supaya ia dapat memberikan impak kepada peserta dan juga kita bersama," kata Pengerusi Masjid Darul Aman, Encik Izammuddin Mohamed Ali.
Sejak dirintis pada 2015, lebih 100 peserta sudahpun meraih manfaat daripada program 'Insan Mukmin'.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.