Skip to main content

Singapura

Lagi 2 produk Mie Sedaap ditarik balik ekoran kewujudan racun perosak

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 2 produk Mie Sedaap ditarik balik ekoran kewujudan racun perosak

Gambar: Agensi Makanan Singapura (SFA)

Diterbitkan : 08 Oct 2022 06:19PM
SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) hari ini (8 Okt) menarik balik dua lagi produk di bawah jenama mi segera Mie Sedaap dari Indonesia selepas didapati mengandungi racun perosak.

Disebabkan mengandungi etilena oksida, racun perosak yang juga ditemukan dalam dua lagi perisa dalam penarikan balik sebelum ini pada Khamis (6 Okt), SFA sudah mengarakan Arklife Distributors supaya menarik balik Mie Sedaap berperisa Soto dan Mie Sedaap berperisa Kari.

Penarikan balik itu menjejas mi segera Mie Sedaap Soto dengan tarikh luput pada 11 Disember 2022 dan Mie Sedaap Kari dengan tarikh luput pada 22 Februari 2023.

Pada Sabtu (8 Okt), agensi itu mengulangi bahawa SFA akan meneruskan ujian kawal selia produk mi segera Mie Sedaap yang lain dan bekerjasama dengan para pengimport dan pihak berkuasa Indonesia untuk menyiasat dan membetulkan punca pencemaran etilena oksida.

Sekirannya racun perosak dikesan melebihi tahap maksimum yang ditetapkan, SFA akan memulakan penarikan balik produk-produk terjejas.

"Pengguna yang membeli produk-produk terjejas dinasihatkan supaya tidak memakannya," menurut SFA.

"Mereka yang sudah makan produk yang terjejas dan mempunyai keprihatinan mengenai kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan. Para pengguna juga boleh menghubungi tempat di mana produk tersebut dibeli, untuk mengemukakan pertanyaan."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita