Lagi 19 EV Polestar 2 Polis Trafik bakal ronda ekspreswe pada Q2 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 19 kenderaan elektrik (EV) tidak lama lagi akan meronda ekspreswe Singapura mulai separuh kedua 2025, sebagai sebahagian daripada inisiatif Polis Trafik (TP) untuk menjadi lebih mampan.
Kereta Polestar 2 keluaran pengilang kereta elektrik Sweden dengan nama yang sama akan menyertai kumpulan kereta ronda sedia ada TP dan akan dilancarkan secara bertahap-tahap, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Ahad (Apr 13).
Polestar ialah anak syarikat gergasi automotif China Geely Holding.
Menurut laporan media pada November 2023, bidaan yang menang tender awam berharga sekitar S$3.8 juta dan ia termasuk program penyenggaraan kereta selama lebih 10 tahun.
Ini adalah EV pertama SPF, polis memberitahu para wartawan pada Khamis semasa kereta baharu itu dipamerkan. Mereka merupakan jabatan Home Team yang pertama untuk menggunakan kenderaan elektrik.
Kereta Polestar 2 akan digunakan terutamanya untuk melakukan rondaan di lebuh raya yang kerap berlaku kemalangan, bantu pemandu yang menghadapi masalah, dan menguatkuasakan undang-undang terhadap pemandu yang melanggar undang-undang. Namun, kereta tersebut juga boleh digunakan di jalan raya lain jika perlu.

CIRI-CIRI KERETA RONDA BAHARU
EV tersebut dilengkapi dengan dua motor yang membolehkan "pecutan segera", sekali gus membantu para pegawai bertindak balas kepada kecemasan tepat pada masanya, menurut SPF dalam dokumen fakta medianya.
Sistem pacuan empat rodanya dan brek regeneratif - sebuah sistem yang membolehkan EV menjana semula tenaga yang hilang kepada haba semasa brek - juga membolehkan pemanduan yang stabil dalam pelbagai keadaan cuaca.
Menurut laman pengilang kereta itu, kelajuan model Polestar 2 dengan dwi motor biasanya mencecah sehingga 100kmj dalam masa kurang lima saat, dan boleh dipandu sejauh 596km berdasarkan standard kitaran pemanduan global yang dikenali sebagai Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Selaras Sedunia.
EV yang akan digunakan oleh TP diubah suai untuk memenuhi keperluan operasi polis.
SPF menyatakan pada Ahad bahawa kereta itu akan mula beroperasi pada separuh kedua 2025 dan dilancarkan bertahap-tahap secara berkumpulan pada akhir tahun, sebaik sahaja semua peralatan dipasang dan pegawai-pegawai sudah selesai menjalani latihan suai kenal.
Beberapa ciri baharu termasuk pembahagi di antara tempat duduk hadapan dengan belakang, yang biasanya menempatkan orang yang ditahan, serta tayar pancit yang boleh terus dipandu sehingga jarak 80km tanpa ditukar.
Kereta ronda itu juga lengkap dengan sistem komunikasi dan pemantauan paling canggih, termasuk teknologi pengecaman automatik nombor plat dan sistem rakaman dalam kenderaan yang boleh melakukan penstriman secara langsung - serupa dengan kereta respons pantas baharu SPF.
Papan mesej juga dipasang di atas kenderaan untuk membolehkan para pegawai paparkan amaran kepada pengguna jalan raya.
Penolong Superintendan Polis (ASP) Sam Tai berkata kereta baharu itu menandakan "pencapaian penting" dalam keupayaan operasi dan komitmen TP terhadap kemampanan.
"Dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi canggih dan teknologi hijau, kenderaan ini mengukuhkan keupayaan kami untuk memastikan pengguna jalan raya kami selamat sambil menyokong masa depan yang lebih bersih," kata ASP Tai, yang merupakan timbalan pegawai bertanggungjawab bagi pasukan operasi khas TP.
Pengarah sistem platform Agensi Sains & Teknologi Home Team (HTX), Tan Teck Chuan berkata kereta itu adalah "perkembangan yang menarik" bagi lembaga berkanun dalam memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kecekapan operasi dan keselamatan Home Team.
Beliau menambah, penggunaan kereta elektrik menandakan permulaan "usaha Kementerian Ehwal Dalam Negeri" untuk menukar kenderaannya kepada kenderaan elektrik.

Sumber : CNA/AY/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.