Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 170 murid akan terima Anugerah Tuisyen Bersama susuli kesilapan proses data

Lagi 170 murid yang mempamerkan prestasi cemerlang bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2019 bakal menerima Anugerah Tuisyen Bersama Kumpulan Bantu Diri (JTA) oleh Yayasan MENDAKI.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 170 murid akan terima Anugerah Tuisyen Bersama susuli kesilapan proses data

(Gambar: Laman MENDAKI)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 10:51PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 12:09AM

SINGAPURA: Lagi 170 murid yang mempamerkan prestasi cemerlang bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2019 bakal menerima Anugerah Tuisyen Bersama Kumpulan Bantu Diri (JTA) oleh Yayasan MENDAKI.

Ini menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh badan bantu diri tersebut pada Isnin (14 Sep).

Awal dari itu, 785 murid diberikan anugerah tersebut melalui satu majlis penyampaian anugerah yang diadakan secara online pada 29 Ogos lalu.

Dengan ini, jumlah penerima anugerah MENDAKI bagi kategori PSLE adalah seramai 319 murid.

Anugerah tersebut diberikan kepada para murid yang berjaya memperlihatkan kemajuan pada prestasi akademik mereka dan ia dibuka hanya kepada para murid yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Tuisyen Bersama yang dikendalikan oleh badan-badan bantu diri di sini.

"Disebabkan oleh kesilapan yang berlaku semasa proses penukaran data, 170 murid ini yang sepatutnya layak menerima anugerah tersebut tidak disenaraikan. MENDAKI akur akan kesilapan itu dan sudahpun meminta maat kepada para murid dan keluarga mereka," menurut kenyataan itu lagi.

Dalam kenyataan yang sama, MENDAKI turut memberi jaminan bahawa ia sedang menyemak prosedur operasi standard (SOP) dan proses-proses lain bagi memastikan kesilapan seumpama itu tidak akan berulang.

MENDAKI juga akan memastikan kesemua 170 murid itu menerima anugerah masing-masing.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa