Lagi 17 kes demam babi Afrika dikesan dalam babi hutan di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 17 lagi kes demam babi Afrika disahkan di Singapura.
Menurut laporan terkini Pertubuhan Dunia bagi Kesihatan Haiwan (WOAH) pada 24 Februari, sudah ada 18 kes yang dilaporkan di Singapura. Lembaga Taman Negara (NPARKS) mengesahkan kes pertama di Singapura.
Daripada 18 kes yang disahkan, 15 dikesan dalam bangkai babi hutan manakala tiga daripadanya merupakan babi hutan yang terperangkap. Ketiga-tiga babi hutan sudah dibunuh dan dibuang, menurut WOAH.
Dalam ulasan epidemiologinya, WOAH menyatakan bahawa virus itu dikesan dalam babi hutan di kawasan hutan dan taman alam semula jadi di beberapa bahagian Singapura. Keadaan itu dianggap "cukup stabil", tambah WOAH.
Menurut Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS), demam babi Afrika merupakan penyakit yang hanya menjejas spesies babi.
Penyakit itu bukan zoonotik, yang bermaksud ia tidak boleh berjangkit kepada manusia, dan ia bukan risiko kepada kesihatan awam, tambah AVS.
"Orang ramai diingatkan supaya berada di laluan yang ditetapkan apabila melawat kawasan simpanan alam semula jadi, taman, dan kawasan menghijau lain, memerhati babi hutan dari jauh, dan tidak memberi makan atau mendekatinya," menurut agensi itu di laman webnya.
Negara Filipina pada Isnin (6 Mac) mengumumkan larangan sementara import produk khinzir dari Singapura. Ini termasuk daging babi, kulit babi, dan protein haiwan yang diproses babi.
Babi hutan berasal dari Singapura dan boleh ditemui di kawasan simpanan alam semula jadi, taman dan kawasan menghijau yang lain. AVS menyatakan bahawa ia "memantau dengan teliti kesihatan babi hutan di kawasan ini".

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.