Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lagi 11 kematian COVID-19 di S'pura; kes baru melebihi 3,000 buat 5 hari berturut-turut

Kes baru COVID-19 di Singapura masih menjangkaui paras 3,000 buat hari kelima berturut-turut pada Sabtu (9 Okt), dengan 11 lagi kematian dicatat disebabkan komplikasi virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lagi 11 kematian COVID-19 di S'pura; kes baru melebihi 3,000 buat 5 hari berturut-turut

Gambar fail: Gaya Chandramohan

Diterbitkan : 10 Oct 2021 12:18AM Dikemas Kini : 10 Oct 2021 12:24AM

SINGAPURA: Kes baru COVID-19 di Singapura masih menjangkaui paras 3,000 buat hari kelima berturut-turut pada Sabtu (9 Okt), dengan 11 lagi kematian dicatat disebabkan komplikasi virus tersebut.

Penduduk yang meninggal dunia berusia antara 56 dengan 90 tahun terdiri daripada lima lelaki dan enam wanita. Empat daripada mereka tidak divaksin, tiga pula hanya mendapat satu suntikan vaksin manakala empat lagi sudah lengkap divaksin.

10 daripada mereka mempunyai pelbagai masalah perubatan manakala seorang pesakit yang belum lengkap divaksin tidak mempunyai sebarang keadaan perubatan yang diketahui.

Pesakit berusia 56 tahun yang meninggal dunia itu belum lengkap divaksin dan mempunyai beberapa masalah perubatan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini membawa jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia di Singapura disebabkan koronavirus kepada 153.

Sebanyak 3,703 kes jangkitan baru dilaporkan setakat tengah hari Sabtu, lebih tinggi berbanding 3,590 kes yang dicatat pada Jumaat.

Dalam kalangan jumlah ini, 3,700 adalah jangkitan tempatan yang terdiri daripada 2,868 kes dalam masyarakat dan 832 di dormitori pekerja hijrahan.

MOH menambah dalam kemas kini hariannya bahawa terdapat juga tiga kes import.

Setakat Sabtu, Singapura telah melaporkan 124,157 kes COVID-19 sejak bermulanya pandemik.

KES DI HOSPITAL

Sebanyak 1,569 pesakit dimasukkan ke hospital dengan sebahagian besar berada dalam keadaan baik dan dipantau, menurut MOH.

Terdapat 302 pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan 40 di unit jagaan rapi (ICU). Dalam kalangan mereka yang sakit teruk, 291 berusia lebih 60 tahun.

Sepanjang 28 hari yang lalu, terdapat 672 kes yang memerlukan bantuan oksigen dan 69 dirawat di ICU. Dalam kalangan mereka, 49.5 peratus sudah lengkap divaksin dan 50.5 peratus belum divaksin atau sudah mendapatkan satu dos suntikan vaksin.

Dalam kemas kini hari ini, juga termasuk data baru mengenai kes masyarakat yang menjalani pemulihan di rumah dan kemudahan lain.

Setakat Sabtu, 15,606 kes masyarakat sedang menjalani pemulihan di rumah iaitu sekitar 76.5 kes yang dilaporkan.

Terdapat juga 2,875 kes di kemudahan jagaan masyarakat (14.1 peratus) dan 360 kes (1.8 peratus) di kemudahan rawatan COVID-19. Bakinya sebanyak 7.7 peratus sedang dirawat di hospital.

KELOMPOK AKTIF

Menurut MOH ia sedang "memantau rapi" lima kelompok aktif termasuk di dormitori Toa Payoh/Kim Keat Avenue yang bertambah sebanyak 13 kes baru hari ini.

MOM menyatakan kelompok tersebut yang kini mempunyai 40 kes jangkitan melibatkan penularan dalam kalangan penghuni dengan tiada bukti ia merebak di luar dormitori.

Terdapat tiga lagi kes di United Medicare Centre di Toa Payoh manakala rumah jagaan MWS Christalite Methodist bertambah dua lagi kes.

Satu kes baru masing-masing ditambah ke kelompok Pusat Borong Pasir Panjang dan Learning Vision@ Changi Airport.

Kesemua kes baru dalam kelompok itu sudah dikuarantin, kata MOH.

Sumber : CNA/TQ/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan