Skip to main content

Singapura

Lagi 100 karyawan semikonduktor dilatih setiap tahun bagi rancakkan inovasi

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lagi 100 karyawan semikonduktor akan dilatih setiap tahun menerusi satu kerjasama yang diperluas antara Applied Materials dan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Langkah ini akan menangani permintaan untuk lagi 2,000 bakat dalam industri semikonduktor dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Selain menawarkan program penyelidikan baharu, sebuah bilik bersih yang lebih canggih akan dibina untuk menyokong kolaborasi dengan karyawan industri tersebut.

Keupayaan yang dipertingkatkan ini akan membantu membangunkan huraian berskala industri dan cabaran pembuatan semikonduktor yang kompleks.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata: "Membina dunia yang lebih bijak, selamat, hijau dan sihat bukan sahaja memerlukan lebih banyak cip semikonduktor. Ia memerlukan lebih banyak cip yang lebih maju dan mempunyai kuasa pengkomputeran yang lebih tinggi dan cekap tenaga. Ini menjadikan kerjasama yang diyakini dan dipercayai antara Singapura dan Applied Materials, lebih berharga lagi."
 
Sumber : CNA/FA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita