Ladang tempatan lapor kemerosotan akibat cuaca panas
Anggaran Waktu Membaca:

Dekati kambing ternakan di ladang Hay Dairies. (Gambar: Hay Dairies Pure Goat Milk/Facebook)
SINGAPURA: Ladang-ladang tempatan melaporkan kemerosotan 20 peratus dalam penghasilan masing-masing ekoran gelombang panas yang melanda baru-baru ini.
Pakar-pakar menyatakan, cuaca yang tidak menentu dijangka terus wujud ekoran perubahan iklim, dan akibatnya ini boleh menjejas bekalan makanan di Singapura dan seterusnya menjejas harga.
Sebilangan pakar percaya, fenomena itu juga boleh memperlahankan sasaran Singapura mahu menghasilkan 30 peratus bekalan makanan secara tempatan menjelang tahun 2030.
Para petani tempatan berkata, cuaca panas menjadikan serangga pemusnah lebih mudah membiak.
Ia kemudian boleh menyerang tanam-tanaman dan membantutkan pertumbuhan tanaman selama beberapa minggu, sekali gus melewatkan tuaian.
Selain itu, ladang ternakan kambing dan ayam juga terjejas dek gelombang panas yang mencecah paras rekod 37 darjah Celsius bulan ini.
Ladang kambing Hay Dairies misalnya menyatakan, hasil susu daripada kambing-kambingnya merosot 15 peratus semasa musim gelombang panas yang melanda baru-baru ini.
Ia juga perlu menggunakan lebih banyak kipas bagi menyejukkan kambing-kambingnya.
Oleh itu, bil elektrik syarikat tersebut melonjak sehingga S$600 lebih tinggi.

Sumber : CNA/DY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.