Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ladang kontena ikan dilancarkan sebelah Pasar Bulat dan Pusat Penjaja Tampines

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Nov 2023 02:55PM Dikemas Kini : 19 Nov 2023 09:47PM
SINGAPURA: Penduduk Tampines tidak lama lagi berpeluang untuk membeli dan makan ikan yang diternak di kawasan kejiranan mereka sendiri.

Dengan pelancaran ladang kontena ikan bersebelahan Pasar Bulat dan Pusat Penjaja Tampines pada Ahad (19 Nov), yang pertama untuk dibangunkan, mereka yang membeli produk di tempat tersebut boleh membeli ikan puyu kukum di pasar itu.

Kontena sebesar 20 kaki itu,mengandungi sistem akuakultur kitar semula, yang dihasilkan oleh syarikat pemula tempatan Aqualita Technology, berdasarkan kajian oleh Temasek Life Sciences Laboratory.

Sistem tersebut menawarkan persekitaran bersih dan lebih terkawal. Sisa ikan dapat dikitar semula, yang akan menghapuskan keperluan antibiotik dan mengurangkan pencemaran dari makanan yang tidak dimakan, dedah pasukan itu dalam satu kenyataan media.

Ikan dan sistem digunakan dapat dikawal dari jauh, yang bermakna tidak memerlukan banyak kakitangan di lokasi.

Persekitaran tersebut sesuai untuk menternak ikan puyu kukum dan kod murray, serta ikan tempatan yang lebih dikenali seperti barramundi, ikan merah, kerapu hibrid dan tilapia.

Menurut syarikat itu, satu kontena, yang mengambil ruang sebesar 15 meter persegi, mampu menghasilkan 1,200 kilogram ikan puyu kukum setahun.

Kontena yang terletak di Tampines akan menternak ikan puyu kukum. Aqualita juga boleh menternak barramundi, tilapia, ikan merah, kerapu hibrid dan kod murray di kontena yang dipasang di Sungei Tengah, tambah pasukan itu.

"Dengan menggunakan ruang yang tidak digunakan, kita sebenarnya boleh menternak ikan dalam bandar, atas sebidang tanah, di dalam sebuah gudang yang kosong," kata Encik Goh Chin Heng, pengarah syarikat itu.

Sistem yang digunakan dihasilkan oleh Temasek Life Sciences Labaratory, tambahnya. Berbanding sangkar yang terapung di laut, iklim di dalam kontena tersebut boleh dikawal.

Pasukan itu sedang meneroka kemungkinan untuk menambah panel suria pada kontena, yang akan mengurangkan penggunaan elektrik oleh sistem itu sebanyak kira-kira 50 peratus, kata Encik Goh.

Aqualita merancang untuk menjual kumpulan pertama ikan yang diternak dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang, dan akan menjual ikan puyu kukum kepada para penjual ikan pada harga kos
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan