Ladang ikan air sejuk pertama SG bakal hasil sehingga 3 juta kilogram ikan trout pelangi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejenis ikan yang hanya bertakat dalam air sejuk akan buat julung-julung kalinya, mula dibiak di Singapura.
Sebuah ladang ikan baharu dijangka menghasilkan sehingga tiga juta kilogram ikan trout pelangi atau 'rainbow trout'.
Sebagai sebahagian daripada pelaburan S$45 juta, kemudahan itu akan menggunakan teknologi maju yang mengawal iklimnya bagi menternak spesies ikan air sejuk itu di Singapura, yang beriklim tropika.
Ladang itu terletak di darat dan menggunakan sistem tertutup yang mengitarkan air.
Ini membolehkannya mengawal suhu, mutu air dan kesihatan ikan.
Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan kemudahan ini dijangka menyumbang kepada sasaran ladang tempatan, membekalkan 30 peratus sumber makanan negara menjelang 2035.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan di Blue Aqua International, Dr Farshad Shishehchian berkata: "Kami ada inovasi tersendiri dari segi sistem penyejukan, yang saya fikir adalah satu-satunya hari ini, dalam industri ini.
"Jadi kami ada teknologi sangat bagus untuk menguruskan kos tenaga dan sistem penyejukan."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.