Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ladang bandar di Tampines beri peluang kepada belia keperluan khas raih pengalaman bercucuk tanam

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Sep 2024 07:08PM Dikemas Kini : 21 Sep 2024 11:45PM
SINGAPURA: Sebuah ladang bandar baharu di Tampines dilancarkan untuk belia berkeperluan khas pada Sabtu (21 Sep).

Ia bertujuan untuk membangunkan kemahiran sosial dan motor masing-masing, di samping meraih pendapatan mereka sendiri.

Terletak di bahagian bumbung sebuah kelab masyarakat, ladang bandar itu juga ingin menggalakkan interaksi antara orang awam dengan golongan kurang upaya.

Walaupun ladang bandar tersebut kecil, ia menyokong wawasan Singapura memenuhi 30 peratus keperluan makanan tempatan menjelang 2030.

"Ia adalah perkara yang unik yang boleh dilakukan di kawasan perumahan awam, dan saya harap ia akan menjadi model yang boleh dilakukan masyarakat lain," kata Menteri Negara Kanan Kemampanan & Sekitaran Dr Koh Poh Koon.

"Kami sedar bahawa kebanyakan orang bimbang dan mengambil berat tentang golongan kurang upaya. Jadi, saya berharap dengan inisiatif ini, kita boleh mula mengubah naratif dan pemikiran seluruh masyarakat," tambahnya.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan