Skip to main content

Singapura

Lada hitam 'Crab Brand' ditarik balik selepas SFA kesan tahap bakteria berlebihan

Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Selasa (22 Dis) pihaknya mengarahkan produk Biji Lada Hitam 'Crab Brand' ditarik balik setelah tahap bakteria yang berlebihan dikesan dan ini boleh menyebabkan keracunan makanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lada hitam 'Crab Brand' ditarik balik selepas SFA kesan tahap bakteria berlebihan

Lada hitam 'Crab Brand' (Gambar: SFA)

Diterbitkan : 22 Dec 2020 10:14PM Dikemas Kini : 22 Dec 2020 10:17PM

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Selasa (22 Dis) pihaknya mengarahkan produk Biji Lada Hitam 'Crab Brand' ditarik balik setelah tahap bakteria yang berlebihan dikesan dan ini boleh menyebabkan keracunan makanan.

Produk tersebut diimport dari Indonesia oleh Siem Trading, yang sudah diarahkan supaya menarik balik semua produk yang terjejas. Tindakan untuk menarik balik produk tersebut masih diteruskan, dedah SFA.

Menurut SFA, bakteria bawaan makanan itu dikesan semasa pengambilan sampel produk secara rutin dan tahap bakteria yang dikesan melepasi piawai mikrobiologi yang ditetapkan dalam Peraturan Makanan Singapura.

Diberi nama bacillus cereus, bakteria boleh dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan dan di saluran usus serangga dan haiwan. Memakan makanan yang tercemar dengan bacillus cereus boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit, mual dan muntah, tambah SFA.

Produk yang terjejas dibungkus dalam botol 50g dengan tarikh luput 1 Nov 2021 dan dalam botol 90g dengan tarikh luput pada 1 Oktober 2021.

Pengguna yang sudah membeli produk yang terjejas disarankan supaya jangan memakannya, menurut SFA. Mereka yang memakannya dan bimbang tentang kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan.

Para pengguna juga boleh menghubungi tempat pembelian mereka untuk bertanya, menurut agensi itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita