Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lacur isteri, serang anak secara seksual; lelaki dipenjara lebih 25 tahun

Seorang lelaki dihukum penjara selama 25 tahun dan enam bulan, melebihi tempoh yang diminta pihak pendakwa, setelah dia melacurkan isterinya, menyerang anak kandungnya secara seksual dan mencabul kehormatan anak saudaranya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lacur isteri, serang anak secara seksual; lelaki dipenjara lebih 25 tahun
Diterbitkan : 19 Feb 2019 11:46PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 11:48PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara selama 25 tahun dan enam bulan, melebihi tempoh yang diminta pihak pendakwa, setelah dia melacurkan isterinya, menyerang anak kandungnya secara seksual dan mencabul kehormatan anak saudaranya.

Dia juga dihukum sebat sebanyak 24 kali selain disaman S$12,000 bagi merampas wang yang diperolehi daripada pelacuran isterinya - dalam kes pertama seumpamanya di Singapura.

Identiti semua pihak tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah untuk melindungi identiti para mangsa.

Lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan-tuduhan menyerang budak bawah umur secara seksual, melacurkan isterinya, mengambil pendapatannya dengan mengeksploitasi mangsa dan mencabul kehormatan.

Empat tuduhan lain turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 27 tahun itu, yang disifatkan pendakwa sebagai "seseorang yang amat buas".

Mahkamah Tinggi difahamkan lelaki itu sudah mendera isterinya secara fizikal sejak sebelum berkahwin pada 2012, dan pada 2015 mula menyerangnya dengan kerap walaupun ketika wanita itu sedang mengandung.

Semasa lelaki itu menganggur dari 2010 hingga 2015, isterinya menyara keluarga dengan gaji S$1,800 sebulan sebagai seorang penyambut tamu dan penolong pejabat.

Apabila isterinya berhenti bekerja pada September 2015, suaminya melacurkannya supaya dapat menampung keperluan anak kecil mereka seperti membeli lampin dan perbelanjaan lain.

Meskipun keberatan berbuat demikian pada awalnya, namun wanita itu akhirnya menuruti permintaan suaminya kerana takut kepadanya dan demi anaknya yang ketika itu masih berusia tiga bulan.

Pada 1 Ogos 2016, selepas membelasah isterinya kerana tertidur, pesalah mula meminta isterinya supaya membawa anak saudara perempuannya yang berusia 13 tahun bertemu dengannya.

Wanita itu enggan berbuat demikian kerana mengesyaki suaminya akan mengapa-apakan budak itu, namun akhirnya terpaksa menuruti permintaannya.

Lelaki itu kemudian mencabul budak berusia 13 tahun itu di sebuah hotel.

Antara 20 Julai hingga 14 Ogos 2016, lelaki itu kemudian menyerang secara seksual anak perempuannya yang ketika itu berusia enam tahun.

Kelakuan terkutuk lelaki itu hanya terbongkar apabila anaknya memberitahu neneknya, yang kemudian membuat aduan polis.

Hukuman penjara yang dijatuhkan keatasnya melebihi tempoh 22 tahun yang diminta pihak pendakwa.

Pihak pendakwa berhujah ketiga-tiga mangsa, semuanya wanita yang lemah dalam kehidup lelaki itu, kini "mengalami trauma dengan maruah mereka tercalar seumur hidup akibat kelakuan tertuduh".  

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan