Labur lebih awal, kembangkan sektor & cegah risiko, kata Tharman Shanmugaratnam
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/ Bloomberg New Economy
SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam menggesa pemerintah-pemerintah agar membuat pelaburan sebelum krisis berlaku.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Forum Ekonomi Baru Bloomberg.
Pelaburan itu, katanya, boleh mengembangkan sektor-sektor tertentu dan mencegah sebarang risiko yang mungkin timbul.
Antara bidang-bidang pelaburan termasuk daya tenaga bersih, persiapan bagi penularan pandemik pada masa hadapan dan juga jaminan bekalan makanan.
"Perkongsian baru antara sektor awam dengan swasta di mana sektor awam berusaha untuk mengurangkan risiko, mungkin menerusi penggubalan dasar lebih baik, tetapi juga mencari cara untuk terlibat dalam projek-projek untuk mengurangkan risiko bagi menggalak pelaburan swasta," kata Encik Tharman Shanmugaratnam.
"Kita tidak boleh mencapai skala pelaburan yang diperlukan untuk peralihan iklim sahaja mahupun keperluan lain untuk meningkatkan potensi pertumbuhan ini tanpa perkongsian baru antara pihak awam dengan swasta," tambah beliau.

Sumber : CNA/AI/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.