Skip to main content

Singapura

Label pemakanan baru diwajibkan, minuman dengan kadar gula tinggi dilarang diiklan

Sebagai sebahagian daripada usaha memerangi penyakit kencing manis, satu label baru pemakanan "di bahagian depan paket" akan diwajibkan bagi minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan pada Isnin (10 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Oct 2019 04:12PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 10:21PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada usaha memerangi penyakit kencing manis, satu label baru pemakanan "di bahagian depan paket" akan diwajibkan bagi minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan pada Isnin (10 Okt).

Pengiklanan juga dilarang bagi minuman yang dianggap tidak sihat dan diberikan markah terendah pada label pemakanan.
Larangan itu ditetapkan pada semua wadah media awam tempatan, termasuk penyiaran, percetakan, pengiklanan luar dan saluran online seperti laman-laman media sosial.

Di negara-negara lain, peraturan pengiklanan serupa terhad kepada saluran media dan program yang disasarkan terhadap kanak-kanak.

Langkah tersebut akan "mengurangkan dengan banyaknya" pendedahan kepada iklan-iklan sedemikian, menurut Menteri Negara Kanan Kesihatan, Edwin Tong.

Setiap minuman akan diberikan gred berdasarkan mutu pemakanan, di mana kandungan gula adalah utama tetapi bukan satu-satunya faktor termasuk kadar lemak dan lemak trans dalam minuman yang juga diambil kira.

Label tersebut diwajibkan ke atas semua minuman termasuk minuman bergas, minuman tenaga, jus dan susu yang diproses.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa dengan label pemakanan baru itu, pihaknya berharap dapat membantu para pelanggan mengenal pasti minuman kurang sihat dan membuat pilihan yang lebih tepat. 

Sumber : CNA/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita