Label khasiat bagi minuman tinggi gula, lemak tepu dilancar secara 'praktikal'
Pelaksanaan label 'Nutri-Grade' tidak lama lagi juga perlu dilaksanakan bagi minuman yang disediakan secara langsung dari kedai-kedai kopi, jus segar dan 'bubble tea'.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock/luza studios)
SINGAPURA: Pelaksanaan label 'Nutri-Grade' bagi minuman yang disediakan langsung di kedai minuman akan dijalankan secara "praktikal", menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) pada Selasa (16 Ogos).
Dalam surat kepada bahagian Forum The Straits Times, pengarah epidemiologi dan kawalan penyakit MOH, Chow Wai Leng, dan pengarah dasar dan pembangunan strategi HPB Terence Ng akur tentang keprihatinan para pengendali.
Keprihatinan itu disuarakan selepas Menteri Kesihatan Ong Ye Kung minggu lalu berkata bahawa cawangan makanan dan minuman perlu menyertakan label khasiat menjelang hujung 2023 pada menu mereka, dengan menyatakan minuman yang mana yang mengandungi paras lebih tinggi gula dan lemak tepu.
Syarat baru itu juga perlu dilaksanakan bagi minuman yang disediakan secara langsung dari kedai-kedai kopi, jus segar dan 'bubble tea'.
"Serupa dengan bidang kuasa lain yang memperkenalkan pelabelan mandatori, kami akan mempertimbangkan langkah-langkah hanya kepada cawangan-cawangan lebih besar terlebih dahulu, dengan memberi pengecualian kepada kedai-kedai lebih kecil yang menyediakan minuman yang disediakan secara langsung," kata Dr Chow dan Encik Ng.
Bukan semua cawangan perlu menggunakan analisis makmal untuk menentukan kandungan gula dan lemak tepu bagi minuman mereka, tambah mereka.
"Ia sesuatu yang boleh diterima untuk memberi gred kepada minuman itu dengan menganggarkan kandungan gula dan lemak tepu daripada jumlah bahan yang ditambah kepada minuman itu," dedah surat itu.
Dr Chow dan Encik Ng berkata perincian lanjut langkah-langkah itu akan didedahkan pada masa akan datang.
LARANGAN IKLAN
Larangan pengiklanan juga akan dilaksanakan terhadap minuman dengan paras tertinggi kandungan gula dan lemak tepu, kata Encik Ong pada 11 Ogos di majlis pembuka tirai Masyarakat Antarabangsa bagi Kongres Dialisis 'Peritoneal' ke-19.
Langkah-langkah itu bertujuan "membantu para pengguna membuat pilihan lebih sihat berdasarkan maklumat, mengurangkan pengaruh pengiklanan ke atas pilihan pengguna dan menggalak pembaharuan industri".
MOH mengumumkan pada Disember tahun lalu bahawa minuman yang dibungkus terlebih dahulu akan menyertakan label 'Nutri-Grade' menjelang hujung tahun ini.
Sistem gred empat peringkat itu berdasarkan kandungan gula dan lemak tepu dalam minuman.
Ia akan diberi kod warna A (hijau tua), B (hijau muda), C (jingga) dan D (merah), dengan A sebagai kategori paling rendah kandungan gula dan lemak.
Iklan-iklan juga dilarang bagi minuman gred D bagi kebanyakan kes.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.