Laba bersih SingPost merosot 17.1% kepada S$18.4 juta pada separuh pertama
Laba bersih Singapore Post (SingPost) bagi separuh pertama tahun kewangannya merosot 17.1 peratus kepada S$18.4 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut syarikat itu pada Isnin (10 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Laba bersih Singapore Post (SingPost) bagi separuh pertama tahun kewangannya merosot 17.1 peratus kepada S$18.4 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut syarikat itu pada Isnin (10 Nov).
Semasa mengumumkan keputusan yang belum diaudit bagi separuh tahun yang berakhir pada 30 September, SingPost menyatakan: "Kemerosotan itu sebahagian besar disebabkan oleh sumbangan daripada perniagaan Australia yang dilupskan dalam tempoh sebelumnya, yang mengatasi keuntungan luar biasa dalam separuh pertama FY25/26."
Hasil pendapatan merosot sebanyak 27.4 peratus kepada S$188.4 juta, yang menurut syarikat itu ia mencerminkan "sekitaran operasi yang mencabar bagi perniagaan logistik, khususnya dalam jumlah penghantaran e-dagang rentas sempadan".
Syarikat itu menyatakan usahanya untuk menyelaraskan operasinya selepas pelupusan dan disiplin kos membawa kepada perbelanjaan operasi yang lebih rendah, yang merosot sebanyak 25.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu kepada S$182.4 juta.
Kos buruh dan berkaitan merosot sebanyak 10.9 peratus kepada S$92.8 juta disebabkan oleh "operasi yang diselaraskan", manakala perbelanjaan berkaitan jumlah merosot sebanyak 58.6 peratus kepada S$31.6 juta, sebahagian besar disebabkan oleh jumlah penghantaran rentas sempadan yang lebih rendah.
Laba bersih syarikat itu merosot sebanyak 78 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada S$5.5 juta.
Ini disebabkan oleh perubahan dalam operasi yang dilupuskan, menurut SingPost.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)SingPost, Mark Chong berkata prestasi separuh pertama syarikat “mencerminkan kesan penuh daripada usaha penstrukturan semula perniagaan kami.”
“Pasukan ini telah menunjukkan permulaan yang positif pada separuh pertama tahun ini, meskipun berdepan kelemahan berterusan dalam sektor logistik dan e-dagang global.
“Kami akan terus melabur dalam infrastruktur kami untuk meningkatkan tahap perkhidmatan, sambil menguruskan asas kos kami,” tambah beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.