Skip to main content

Singapura

Laba bersih DBS naik 4% kepada S$2.8 bilion pada suku kedua, atasi unjuran

Anggaran Waktu Membaca:
Laba bersih DBS naik 4% kepada S$2.8 bilion pada suku kedua, atasi unjuran

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Bank terbesar Singapura, DBS, mencatat peningkatan 4 peratus dalam laba bersih pada suku kedua berbanding tempoh sama tahun sebelumnya pada Rabu (7 Ogos), dirangsang oleh pendapatan yang lebih kukuh, dengan pendapatan yuran berada di paras tertinggi.

Menurut data LSEG, keuntungan bersihnya bagi suku itu meningkat kepada S$2.8 bilion, mengatasi anggaran purata S$2.71 bilion daripada lima penganalisis.

Pulangan ke atas ekuitinya ialah 18.2 peratus pada suku tersebut, manakala pendapatannya meningkat sebanyak 9 peratus kepada S$5.48 bilion.

Laporan itu dikeluarkan di tengah-tengah spekulasi tentang perubahan kepimpinan di DBS.

The Business Times menerbitkan dua artikel pada Selasa (6 Ogos), mengenai penggantian tampuk kepimpinan di bank tersebut, dengan akhbar itu melaporkan ramai penganalisis di Singapura membincangkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS Piyush Gupta akan berundur.

Encik Gupta mengetuai DBS sebagai CEO dan pengarah syarikat tersebut sejak 2009.

Sebelum itu, beliau berkhidmat di Citigroup selama 27 tahun, dengan jawatan terakhir sebagai CEO bagi Asia Tengagra, Australia dan New Zealand.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita