Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kutipan derma Giving.sg cecah paras rekod S$95.5 juta pada 2021

Sumbangan derma melalui wadah Giving.sg mencecah paras rekod sebanyak S$95.5 juta pada 2021, menurut Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC) dalam kenyataan medianya pada Rabu (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sumbangan derma melalui wadah Giving.sg mencecah paras rekod sebanyak S$95.5 juta pada 2021, menurut Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC) dalam kenyataan medianya pada Rabu (19 Jan).

Kutipan derma itu merupakan jumlah tertinggi yang dikumpul dalam tempoh setahun sejak wadah itu dilancarkan oleh NVPC pada 2010.

Jumlah itu 2.3 peratus lebih tinggi berbanding 2020 dan kenaikan sebanyak 167 peratus berbanding tempoh sebelum pandemik pada 2019.

Menurut NVPC, peningkatan itu dipacu oleh sikap murah hati yang diperlihatkan secara online semasa pandemik COVID-19.

Ia menambah bahawa pandemik turut mempercepatkan penggunaan teknologi bagi kempen-kempen pengumpulan dana.

Tahun lalu, jumlah pertubuhan bukan untuk meraih keuntungan (NPO) dalam wadah Giving.sg naik sebanyak 5.8 peratus. Buat masa ini, terdapat 625 badan amal berdaftar yang disokong oleh wadah itu.

Dalam kalangan kesemua entiti, hampir 4,880 kempen mengumpul dana dibangunkan menerusi wadah itu pada 2021, iaitu kenaikan sebanyak 21.2 peratus berbanding setahun sebelum itu.

Timbalan CEO NVPC Tony Soh berkata badan-badan amal harus terus bersikap fleksibel untuk "menerima cabaran yang ditimbulkan oleh wabak tersebut dan bergerak seiring dengan keperluan para penerima bantuan yang kian berubah-ubah".

"Melancarkan kempen pengumpulan dana secara hibrid - menyelaraskan inisiatif secara bertemu muka dengan wadah-wadah maya - mungkin dapat merapatkan jurang sedia ada dalam sektor ini di samping menggalak lebih ramai orang untuk menderma," katanya.

PERAYAAN HUJUNG TAHUN

Tempoh perayaan hujung tahun menyaksikan kutipan dana sebanyak S$25.4 juta pada Disember, di mana ia merupakan kenaikan 20.4 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya dan ia juga merupakan jumlah bulanan yang tertinggi di wadah itu.

Pada 31 Disember sahaja, dana sebanyak S$3.5 juta terkumpul, iaitu jumlah rekod bagi kutipan dana dalam tempoh sehari.

Kempen kutipan dana "Great Singapore Give" yang diadakan pada Disember sebagai sebahagian daripada SG Cares Giving Week, menyumbang S$2.1 juta kepada keseluruhan dana yang terkumpul.

YURAN TRANSAKSI TIDAK AKAN DIKENAKAN

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan NVPC bagi menyokong badan-badan amal, yuran transaksi di wadah Giving.sg akan terus dikecualikan sehingga 31 Mac 2022.

Pengecualian selama dua tahun itu membolehkan badan-badan amal menerima sumbangan dana sepenuhnya, menurut NVPC.

"Ia adalah masa yang sukar bagi badan-badan amal di Singapura. Ia juga lebih sukar untuk cuba menangani krisis ini seorang diri," tambah kenyataan tersebut.

"NVPC bekerja keras dengan pelbagai pihak berkepentingan sepanjang dua tahun lalu untuk menghulurkan bantuan kepada individu dan masyarakat yang menghadapi kesulitan."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan