Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kursus Yale-NUS: Sekolah tidak harus disalah guna anjur politik berpihak, kata Ong Ye Kung

Institusi-institusi pendidikan Singapura tidak seharusnya digunakan sebagai wadah politik. Ia juga perlu mengambil kira konteks sosial dan budaya Singapura serta beroperasi di bawah undang-undang negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Oct 2019 05:21PM Dikemas Kini : 07 Oct 2019 09:15PM

SINGAPURA: Institusi-institusi pendidikan Singapura tidak seharusnya digunakan sebagai wadah politik. Ia juga perlu mengambil kira konteks sosial dan budaya Singapura serta beroperasi di bawah undang-undang negara.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata demikian di Parlimen sebagai respons kepada pertanyaan para Anggota Parlimen (AP) tentang sebuah kursus di Kolej Yale-NUS (YNC) yang dibatalkan dua minggu sebelum ia bermula.

Kursus bertajuk 'Dialogue and Dissent in Singapore' sepatutnya dipimpin penulis drama Singapura, Alfian Sa'at.

"Projek yang disarankan kurang unsur akademiknya dan tidak mendedahkan para pelajar kepada perspektif yang cukup pelbagai," ujar Encik Ong.

"Tambahan, kegiatan tertentu seperti bengkel membuat pelekat bantahan dan lawatan ke Sudut Pemidato akan mendedahkan para pelajar kepada risiko melanggar undang-undang. Dari perspektif YNC, jika ia berlaku kepada para pelajar asing, mereka mungkin akan kehilangan visa pelajar mereka," ulas beliau lanjut.

Encik Ong berkata kolej tersebut sudahpun menghubungi Encik Alfian dan melahirkan keprihatinannya serta meminta Encik Alfian memperhalusi atur cara kursus tersebut.

Namun, kolej tersebut merumuskan tidak cukup masa untuk melakukan demikian dan akhirnya memutuskan untuk membatalkan sama sekali projek berkenaan.

Dapatan tersebut juga terkandung di dalam laporan siasatan bebas Universiti Yale.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan