Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kursus ulang kaji pandu selamat bagi pemandu bas dimulakan lewat Ogos

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Aug 2022 08:31PM Dikemas Kini : 19 Aug 2022 08:54PM
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memperkenalkan kursus memandu dengan selamat bagi pemandu bas pada lewat bulan Ogos ini.

Ia akan menjadi bahagian penting dalam program latihan ulang kaji kendalian Akademi Bas Singapura.

Malah, ia juga sebahagian daripada usaha lebih meluas untuk meningkatkan tahap keselamatan pekerja khidmat pengangkutan awam semasa mereka bertugas.

Modul 'BC Drive Safe' yang dijalankan selama sehari akan merangkumi kajian kes, kesedaran tentang bahaya dan latihan simulasi.

Ia juga akan membimbing pemandu bas tentang cara mengenal pasti dan mengurangkan bahaya bagi pengguna jalan raya yang lain.

Pelancarannya diumumkan Menteri Negara Kanan Kewangan dan Pengangkutan Chee Hong Tat di Majlis Penyampaian Anugerah Keselamatan Pengangkutan Awam.

Acara itu, yang diadakan buat julung-julung kalinya, mengiktiraf sumbangan kakitangan khidmat pengangkutan awam kepada keselamatan di tempat kerja.

Syarikat SBS Transit, GrabCar dan SMRT menerima anugerah kecemerlangan bagi keselamatan di tempat kerja.

Lapan pekerja khidmat pengangkutan awam juga menerima Pengiktirafan Khas kerana tindakan mereka dalam mencegah kemalangan.

Seramai 12 orang lagi dipuji kerana projek-projek mereka bagi menjadikan tempat kerja lebih selamat dan cekap.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan