Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kursus SkillsFuture bagi pencetakan 3D, reka bentuk digital dilancarkan

Satu program pembangunan kemahiran baru bagi kaedah pencetakan 3D dan reka bentuk digital dilancarkan hari ini (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Kursus SkillsFuture bagi pencetakan 3D, reka bentuk digital dilancarkan
Diterbitkan : 21 Jan 2020 08:18PM Dikemas Kini : 21 Jan 2020 08:21PM

SINGAPURA: Satu program pembangunan kemahiran baru bagi kaedah pencetakan 3D dan reka bentuk digital dilancarkan hari ini (21 Jan).

Ia merangkumi enam kursus SkillsFuture dan menyasarkan untuk melatih sekitar 120 karyawan setiap tahun.

Program itu akan dikendalikan syarikat HP dan Makmal Korporat NTU di bawah satu kerjasama.

Kursus-kursus online yang ditawarkan tertumpu kepada melatih dan meningkatkan kemahiran para pekerja dalam beberapa bidang asas.

Ia termasuk kemahiran reka bentuk menggunakan kaedah digital, pengurusan data serta kemahiran dalam bidang automasi dan mempertingkat pengalaman pengguna.

Makmal Korporat NTU juga dibuka rasmi hari ini, sempena sambutan ulang tahun HP yang ke-50 di Singapura.

Ciri-ciri menarik makmal itu termasuk teknologi pengilangan digital seperti alat sofwe untuk membuat reka bentuk produk secara automatik.

Sumber : CNA/AQ/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa