Kursus penulisan drama Haresh Sharma di NUS tiada jumlah pelajar cukup untuk dikendali 'dengan berkesan'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: @haresh_sharma_/Instagram
SINGAPURA: Kursus penulisan drama bimbingan dramatis Haresh Sharma "tidak mempunyai jumlah (pelajar) yang mencukupi" untuk dikendalikan "dengan berkesan".
Demikian dikongsikan seorang jurucakap Universiti Nasional Singapura (NUS).
Respons yang dibuat oleh universiti itu pada Khamis (15 Ogos) muncul setelah Encik Sharma mendakwa beliau hanya dimaklumkan lima hari sebelum permulaan penggal itu, bahawa NUS "tidak meluluskan" pelantikannya.
"Saya telah mengajar secara berkala di Fakulti Sastera dan Sains Sosial sejak beberapa tahun lalu. Tetapi tahun ini, saya digugurkan tanpa sebarang sebab," tulisnya dalam satu catatan Instagram pada Isnin.
"Saya diberitahu bahawa 'keputusan universiti tidak berkaitan dengan isu kelayakan, pengalaman atau keupayaan mengajar'. Kemudian apa? Adakah ini cara universiti melayan karyawan seni tempatan? Bagaimana pula dengan semua kerja yang telah saya lakukan sebagai persediaan bagi kursus saya?" menurut catatan itu.
Encik Sharma sebelum ini mengajar sebuah modul yang dinamakan 'Playwriting: Practice and Production'.
Pada Rabu, pelakon teater tempatan Noorlinah Mohamed turut mengongsi pengalamannya yang serupa.
Pada Mei lalu, beliau dijemput untuk kembali membimbing modul yang sama yang telah diajarnya sejak beberapa tahun lalu, iaitu 'Voice Studies and Production'.
Pada hujung Julai, beliau menerima sebuah emel yang kandungannya tertera serupa dengan yang diterima Encik Sharma, kongsinya di Instagram.
Begitu juga, beliau sudah membuat aturan bagi memastikan beliau mempunyai kelapangan masa untuk mengajar modul tersebut pada tarikh itu dan menyediakan bahan bagi modul tersebut.
"Dan kemudian digugurkan. Tiada panggilan telefon ihsan. Tiada perbualan. Tiada, terima kasih atas perkhidmatan anda. Tiada apa-apa," tulisnya di platform Instagramnya.
NUS menyatakan kursus 'Voice Studies and Production' itu sedang diajar seorang kakitangan sepenuh masa.
Universiti tersebut bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan tentang sebab mengapa Encik Sharma dan Cik Noorlinah masing-masing hanya dimaklumkan lima hari sebelum dan pada hujung Julai, bahawa mereka tidak dilantik untuk mengajar kursus itu.
"Dalam mengendalikan kursus kami dan melantik pengajar luar untuk mengajar (kursus) tertentu, fakulti mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk pendaftaran dan kurikulum yang lebih luas," jelas jurucakap NUS itu.
"Kami sudah menghubungi Encik Haresh Sharma dan Cik Noorlinah Mohamed mengenai perkara ini."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.