Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kursus penerbangan tetap dapat sambutan meski sektor itu hadapi masa depan kelam

Kursus-kursus penerbangan masih mendapat sambutan memberangsangkan meskipun sektor itu masih bergelut dengan pandemik masa ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Oct 2020 06:45PM Dikemas Kini : 18 Oct 2020 08:54PM

SINGAPURA: Kursus-kursus penerbangan masih mendapat sambutan memberangsangkan meskipun sektor itu masih bergelut dengan pandemik masa ini.

Para pengamat meramalkan industri penerbangan akan kekal merudum sehingga 2024. Bagaimanapun, institusi-institusi pengajian tinggi menyatakan ramai pelajar yang percaya bahawa permintaan akan beransur pulih.

Sementara itu, sekolah-sekolah penerbangan mempelbagaikan operasi mereka untuk memikat para penggemar pesawat.

Meskipun tidak berpeluang berwisata ke Paris buat masa ini, para pengunjung sekolah penerbangan Aeroviation berpeluang meninjau Menara Eiffel dalam simulator pesawat.

Sekolah penerbangan itu menawarkan bengkel-bengkel simulator kepada para penggemar pesawat.

Langkah itu bagi menambah hasil pendapatan setelah bilangan juruterbang pelatihnya yang berusia 20 hingga 30-an tahun merosot sebanyak 40 peratus. Mereka membentuk tiga suku daripada pangkalan pelajar sekolah tersebut.

"Kami membuka bengkel untuk orang ramai mengetahui dan juga melakukan perkara unik dalam sebuah simulator yang kita tidak lakukan dalam kehidupan sebenar - seperti terbang ke dalam Grand Canyon serta melakukan cabaran dalam simulator. Saya boleh katakan ia sebenarnya menyokong 30 hingga 40 peratus pendapatan kami," kata Encik Faris Iskandar, Pengasas Bersama Aeroviation.

Sekolah penerbangan FlightSchool.sg pula menawarkan potongan harga yuran S$1,000 bagi pelatih-pelatih baru. Ia sebagai respons kepada bilangan pelatih profesional yang kian berkurangan.

"Saya rasa semasa COVID-19, lebih ramai orang ada masa lapang atau beban kerja tiba-tiba kurang. Jadi mereka mendapati ia peluang terbaik untuk mengejar minat mereka, dalam kes ini, minat untuk belajar bagaimana menerbangkan sebuah pesawat," ujar Encik Fabian Lim, Pengasas FlightSchool.sg.

Namun, masih ada sesetengah pelajar yang berjinak-jinak dalam kerjaya sektor penerbangan.

Sekolah swasta MDIS menyatakan permintaan bagi program Pengurusan Syarikat Penerbangan dan Lapangan Terbang kekal mantap. Ia lebih-lebih lagi dalam kalangan pemegang Diploma yang ingin melanjutkan pengajian.

MDIS menambah prinsip-prinsip pengurusan yang diajar juga boleh disesuaikan dalam industri-industri lain.

Begitu juga daya tarikan Politeknik Temasek, yang turut menawarkan kurikulum "berbilang segi".

Ia juga mendapat sambutan memberangsangkan bagi program-program penerbangannya semasa pendaftaran kemasukan awal tahun ini. 

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan