Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kurikulum Celik Kesejahteraan Mental diperkenal bagi pelajar tahun pertama politeknik, ITE

Sebuah pusat baru bagi Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) akan ditubuhkan di Institut Pendidikan Nasional (NIE) menjelang hujung tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Mar 2021 06:37PM Dikemas Kini : 03 Mar 2021 09:03PM

SINGAPURA: Sebuah pusat baru bagi Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) akan ditubuhkan di Institut Pendidikan Nasional (NIE) menjelang hujung tahun depan.

Pusat itu akan menjalankan kajian dan bekerjasama dengan sekolah-sekolah bagi meningkatkan pembelajaran subjek CCE.

Menjelang awal tahun depan, semua prauniversiti akan mempunyai sekumpulan guru khusus bagi memudahkan pembelajaran CCE.

Ia termasuk topik-topik yang mungkin sensitif ataupun rumit.

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan tahap kekaryawanan guru-guru, sebuah pusat kecemerlangan bagi pengajaran dan pembelajaran akan ditubuhkan di Sekolah Rendah New Town.

Para guru akan belajar daripada Guru-Guru Pakar yang merupakan pemimpin dalam bidang masing-masing dan juga para pakar dari NIE.

Satu kurikulum celik kesejahteraan mental juga akan diperkenalkan bagi semua pelajar tahun pertama di politeknik dan ITE.

Ia direka bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kesihatan mental melalui topik-topik seperti memahami tanda-tanda kemurungan. 

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan