Skip to main content

Singapura

Kurikulum CCE sekolah menengah dikemas kini; lebih tertumpu kepada kesejahteraan siber

Kesejahteraan siber menjadi tumpuan utama dalam sukatan pelajaran terbaru Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) untuk para pelajar menengah peringkat atasan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jan 2022 09:22PM Dikemas Kini : 18 Jan 2022 10:07PM

SINGAPURA: Kesejahteraan siber menjadi tumpuan utama dalam sukatan pelajaran terbaru Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) untuk para pelajar menengah peringkat atasan.

Kurikulum yang disemak semula bagi golongan itu bermula tahun ini dan menggunakan contoh dan video sebenar untuk membantu para pelajar menangani isu-isu seperti pembulian siber, ketagihan pada permainan komputer, berita palsu dan penipuan.

Ini selepas golongan belia kini menghadapi lebih tekanan akibat penggunaan media sosial yang berlebihan.

Mediacorp berpeluang menyertai kelas Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) yang pertama untuk para pelajar menengah empat di Sekolah Menengah Compassvale.

Sebagai sebahagian daripada kurikulum CCE yang disemak semula, para guru menyediakan contoh-contoh sebenar yang boleh difahami oleh para remaja.

Ini termasuk ruang-ruang komen laman media sosial yang mungkin negatif.

Kurikulum untuk pelajar menengah rendah pula sudah dilaksanakan pada tahun lalu.

Mereka juga dijangka mempelajari topik-topik lebih mendalam seperti 'doxxing' dan 'cancel culture'.

Tunjuk ajar turut diberikan tentang bagaimana untuk mendapatkan bantuan dalam menangani masalah buli siber.

Kurikulum yang disemak semula ini akan meneroka peranan media sosial dalam kesihatan mental.

Memandang ke hadapan, sekolah-sekolah akan mendampingi para ibu bapa agar memainkan peranan aktif dalam pendidikan kesejahteraan siber anak-anak mereka.

Ini supaya para remaja ada lagi saluran untuk berkongsi perasaan apabila berdepan dengan kandungan tidak sesuai.

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita