Skip to main content

Singapura

Kurikulum CCE dipertingkat, pendidikan kesihatan mental diberi penekanan

Para guru khusus Pendidikan Perwatakan dan Kerakyatan (CCE) mengadakan pembelajaran pertama mereka tentang pendidikan kesihatan mental.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Feb 2021 08:21PM Dikemas Kini : 18 Feb 2021 08:58PM

SINGAPURA: Para guru khusus Pendidikan Perwatakan dan Kerakyatan (CCE) mengadakan pembelajaran pertama mereka tentang pendidikan kesihatan mental.

Mata pelajaran itu adalah sebahagian daripada kurikulum yang dipertingkat termasuk penekanan terhadap pendidikan kesejahteraan siber.

Perbincangan tentang isu-isu kontemporari juga akan diadakan seperti buli, media online, kaum dan agama.

Kurikulum baru itu diperkenalkan sebagai sebahagian daripada perbahasan mengenai belanjawan Kementerian Pendidikan (MOE).

Menteri Negara Pendidikan (MOE) Sun Xueling berkata pelaksanaan itu akan membantu para pelajar yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Semua sekolah akan mempunyai guru-guru CCE serta struktur sokongan rakan menjelang tahun depan. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita