Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kurikulum baru di SUSS mulai Julai 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Nov 2022 07:08PM Dikemas Kini : 29 Nov 2022 08:51PM
SINGAPURA: Bermula Julai 2023, Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) akan melaksanakan kurikulum baru yang membolehkan para pelajarnya untuk mengubah suai jadual mereka.

Kurikulum itu adalah yang pertama seumpamanya dan akan memanfaatkan pelajar dewasa yang merangkumi 75 peratus jumlah pelajarnya.

Bagi kurikulum baru itu, kandungan kelas akan berjalan selama lapan minggu walaupun setiap semester adalah 12 minggu.

Ia membolehkan pelajar mengatur jadual mereka dan menghadiri kelas mengikut rentak mereka sendiri.

Baki masa yang ada boleh digunakan untuk projek atau konsultasi dengan pensyarah.

Kursus-kursus baru juga akan diperkenalkan.

Ia memberi tumpuan kepada kemahiran yang boleh digunakan di pelbagai industri selain membantu pelajar kekal relevan dalam dunia yang berubah-ubah.

Berucap di majlis pelancarannya, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata, pembelajaran yang boleh diubah suai adalah masa hadapan pendidikan.

"Teknologi dan sebilangan amalan terbaik membolehkan kami untuk menyesuaikan kurikulum secara meluas berdasarkan keperluan individu demi menonjolkan potensi terbaik mereka," kata Encik Chan.

"Ini memerlukan kami melatih pelajar untuk belajar dengan rentak sendiri, pembelajaran boleh disesuaikan, dan memulakan program peningkatan modular dengan cara yang bersasar," tambahnya.
Sumber : CNA/NS/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan