Skip to main content

Singapura

Kurikulum baharu bantu murid sekolah rendah lebih nikmati seni

Anggaran Waktu Membaca:
Kurikulum baharu bantu murid sekolah rendah lebih nikmati seni

Murid-murid darjah 1 di Sekolah Rendah St Hilda's (Gambar fail TODAY)

SINGAPURA: Murid sekolah rendah akan dapat mempelajari bentuk seni yang baharu, seperti realiti tambahan dan lukisan mural, apabila sukatan pelajaran seni diperbaharui pada tahun depan.

Kurikulum baharu itu bertujuan untuk membantu pelajar lebih menghargai seni dan menggunakannya untuk memahami dunia di sekeliling mereka.

Mereka akan berpeluang meneroka lebih banyak bentuk menghasilkan karya seni, tidak sekadar menggunakan krayon, pensel warna dan cat.

Pelajaran yang diikuti juga akan meliputi tema dan topik baharu berkaitan seni.

Ia termasuk penggunaan teknologi, dengan sekolah-sekolah bakal menerima lebih banyak sokongan untuk melaksanakan pengalaman pembelajaran teradun.

Bagi membantu pelajar lebih menyelami seni, lebih ramai karyawan seni Singapura seperti Sarkasi Said and Tan Zi Xi, akan diperkenalkan dalam sukatan pelajaran itu.

"Guru-guru memberitahu kami bahawa sesetengah karya seni mungkin agak mencabar. Ia terlalu abstrak untuk elajar dalam kumpulan usia tertentu," kata Penolong Pengarah Kanan dan Pakar Utama (Seni), di Kementerian Pendidikan, Shirley Wee.

"Jadi kami memandang serius dan cuba untuk menyemaknya. Bagi memupuk rasa hormat dan penghargaan kepada budaya serta warisan tempatan, karya seni yang dihasilkan oleh artis-artis tanah air kita menjadi lebih penting," tambah beliau.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita