Kurang tempat simpanan, isu serangga perosak antara keprihatinan pengendali F&B terhadap skim pulangkan bekas minuman
Bagi Encik Chen, yang mengendalikan sebuah restoran menjual daging panggang, semut dan lipas yang akan menghinggap pada bekas-bekas terpakai yang ditinggalkan semalaman adalah alasan kukuh untuk beliau memikirkan semula bagaimana minuman dihidangkan di restorannya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bagi Encik Chen, yang mengendalikan sebuah restoran menjual daging panggang, semut dan lipas yang akan menghinggap pada bekas-bekas terpakai yang ditinggalkan semalaman adalah alasan kukuh untuk beliau memikirkan semula bagaimana minuman dihidangkan di restorannya.
Sedang tarikh pelancaran skim pulangkan bekas minuman di Singapura semakin menghampiri pada 1 April, pengendali makanan dan minuman seperti Encik Chen mengutarakan keprihatinan praktikal - seperti di mana untuk menyimpan tin dan botol minuman terpakai, dan bagaimana mencegah serangga perosak daripada menghinggap.
Encik Chen berkata beliau lebih rela menjual minuman dalam cawan pakai buang daripada berisiko menyimpan tin-tin minuman yang kotor dalam premis kedainya.
"Beberapa titisan dan kotoran di dalam sudah cukup untuk menarik kesemua serangga perosak," katanya.
Beliau merupakan antara perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang menerima makluman dari Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengenai pematuhan wajib terhadap skim tersebut.
Beberapa perniagaan yang ditemui Mediacorp berkata mereka sedang merancang logistik, termasuk berapa kerap mereka perlu melakukan pengitaran semula dan sama ada langkah-langkah tambahan itu akan menjejas operasi harian.
Di bawah skim pulangkan bekas minuman (BCRS), deposit sebanyak S$0.10 dikenakan terhadap setiap minuman yang dibungkus dalam botol plastik atau tin minuman sebesar 150 ml hingga 3 liter.
Deposit itu boleh didapatkan semula dengan memulangkan bekas-bekas minuman kosong itu melalui mesin layan diri kitar semula.
Bayaran deposit yang dipulangkan itu akan dimasukkan ke dalam kad EZ-Link, kad konsesi atau dompet DBS PayLah!.
Pada awal bulani ni, pihak berkuasa memperkenalkan skim 'Return Right' di mana ia menawarkan kepada perniagaan F&B salah satu daripada dua pilihan ini: mengenakan caj deposit kepada pelanggan dan membolehkan mereka untuk mengambil bekas minuman bagi mendapatkan bayaran pulangan, atau tuang minuman ke dalam gelas lalu simpan bekas-bekas minuman tersebut dan tidak mengenakan caj tambahan 10 sen kepada para pelanggan.
Jika mereka memilih untuk tidak mengenakan caj tambahan kepada pelanggan, perniagaan itu perlu memulangkan bekas minuman terpakai sendiri bagi mendapatkan semula bayaran deposit itu.
RUANG SIMPANAN TERHAD
Kebanyakan pengendali F&B yang ditemui Mediacorp berkata mereka lebih cenderung untuk tidak mengenakan caj 10 sen kepada para pelanggan, tetapi bimbang kerana perlu menyimpan jumlah besar bekas minuman terpakai dalam kedai masing-masing.
Encik Harsh Vardhan Ahuja, pengerusi IT dan operasi di restoran makanan Indiar Sayalee, berkata cawagannya belum lagi membuat keputusan muktamad.
Restoran hidangan bufet itu menjamu sebahagian besar kumpulan pelancong dan menghidangkan kebanyakan minuman kordial dan arak.
Ia menjual sehingga lima tin minuman setiap hari, dan pada masa ini membuang kesemua tin minuman setelah ia dipakai.
"Kami tidak mempunyai banyak tempat simpanan, ruang kita adalah terhad. Kami bahkan terpaksa menggunakan bar sebagai tempat penyimpanan beberapa kali," katanya.
Encik Ahuja menambah kekerapan bekas minuman dipulangkan bergantung pada sama ada terdapat mesin kitar semula berhampiran.
"Jika ia terletak berhampiran - hanya beberapa tapak sahaja atau terletak setiap empat atau lima bangunan - saya boleh ke sana mungkin seminggu sekali. Jika jumlahnya lebih banyak, setiap hari," katanya.
Apabila para kakitangan memulangkan bekas-bekas minuman terpakai itu dan mendapat bayaran balik melalui kad EZ-Link mereka, restoran tersebut merancang untuk menggunakan kredit tersebut untuk membeli barang untuk perniagaan itu.
BCRS Ltd, konsortium yang dilantik untuk mengendalikan skim itu, menawarkan khidmat pemulangan bagi cawangan Return Right F&B yang mengumpul sekurang-kurangnya 500 bekas minuman.
Apabila ditanya mengenai cabarannya, Persatuan Restoran Singapura (RAS) menyatakan bagi menjawab soalan-soalan yang mungkin berada dalam fikiran para anggota mengenai aspek operasi skim itu, sesi dewan bandar (townhall) akan diadakan pada hujung bulan April bagi anggota RAS dan NEA. RAS mempunyai lebih 500 anggota.
Apabila ditanya mengenai aturan pengumpulan alternatif bagi pengendali kecil-kecilan dan huraian penyimpanan, NEA dan BCRS Ltd menyatakan dalam satu jawapan bersama bahawa sejak skim 'Return Right F&B' dilancarkan pada 3 Mac lalu, sambutan daripada para pengendali adalah menggalakkan dengan jumlah pendaftaran yang stabil dari pelbagai jenis pengendali.
Bagi sebilangan besar kedai makanan yang mengambil bahagian dalam skim 'Return Right F&B', hanya sejumlah kecil bekas minuman terpakai dijana setiap hari, ia menambah.
"Bagi kedai-kedai minuman tersebut, untuk memulangkan bekas minuman terpakai ke mesin layan diri berhampiran pada waktu luar operasi merupakan pilihan paling praktikal. Pendekatan tersebut mengurangkan keprihatinan mengenai isu penyimpanan dan serangga perosak.
"BCRS Ltd akan terus mendampingi kedai-kedai makanan tersebut bagi mengumpul maklum balas dan mempertingkatkan pengalaman mereka sedang skim itu berlangsung.
"Khidmat pengumpulan oleh BCRS Ltd bertujuan untuk jumlah bekas minuman yang banyak supaya pengumpulannya lebih menjimatkan kos.
"Ini termasuk penjana besar-besaran, seperti hotel atau rangkaian restoran atau pusat beli-belah, atau dalam situasi di mana kedai-kedai makanan berkumpul untuk menghimpunkan bekas-bekas minuman untuk dipulangkan."

Sumber : CNA/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.